Anggota polis putus tangan ditetak orang awam, ketika cuba melaksanakan arahan perintah berkurung


Viral di media sosial video seorang anggota polis putus tangan selepas diserang oleh suspek menggunakan pedang, ketika merempuh sekatan jalan yang dibuat ekoran Kerajaan India melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

Pada hari kejadian, mangsa, Harjit Singh, sedang menjalankan tugas bersama dengan beberapa anggota lain berhampiran sebuah pasar sayur di Patiala.

Video menunjukkan sebuah kereta pacuan empat roda datang dan terus merempuh besi penghadang jalan yang diletakkan di tengah jalan, sebelum beberapa orang lelaki keluar dari kereta itu dan terus menyerang anggota-anggota terbabit. 

Salah seorang suspek yang membawa pedang terus melibas senjata itu pada mangsa. Mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan tangan kirinya terputus. 

Dalam keadaan yang sakit, mangsa cuba memberhentikan pendarahan di tangannya dengan menggunakan kain sapu tangan. Beberapa individu lain kemudian datang membantu mangsa. 

Sekumpulan suspek yang terbabit dalam kejadian itu telah ditahan dan direman untuk siasatan lanjut. 

Mangsa dan enam lagi anggota lain yang turut mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Selepas melalui tujuh jam pembedahan, doktor berjaya menyambung semula tangan mangsa. 




Sumber: Daily Mail


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.