'Mengeletar lutut bila dapat TAC, terus block nombor WhatsApp tu' - Wanita nyaris hilang wang dalam akaun bank diceroboh scammer
Teknologi yang semakin canggih memudahkan urusan masyarakat. Tetapi, teknologi juga menyebabkan wujudnya kes-kes penipuan dan penyamaran sehingga menyebabkan kerugian wang ringgit. Menggunakan modus operandi yang sama, penjenayah atau scammer ini kebiasaannya menetapkan sasarannya pada golongan warga emas dan juga wanita.
Kisah yang terjadi kepada diri wanita ini dikongsikan pada umum supaya masyarakat di luar sana lebih berhati-hati. Wanita ini menjadi mangsa jenayah scammer setelah dia melakukan pemindahan wang ke akaun bank lain. Laporan polis dan juga aduan pihak bank telah dilakukan dan akhirnya wang tersebut dapat dikembalikan padanya.
ASSALAMUALAIKUM. Ini dugaan yang aku lalui pada PKP Fasa 2. Aku siarkan cerita ni atas nasihat daripada Inspektor Fatin dari IPD Batu Gajah agar kalian semua lebih berhati-hati menggunakan perbankan internet.
Cerita bermula pada hari Khamis (2 April 2020) sekitar jam 4.57 petang, membuat pindahan wang sebanyak RM1,000.00 ke satu lagi akaun milik aku. Tak lama lepas tu, sekitar jam 6.44 petang, aku menerima WhatsApp daripada nombor 017-6312341 menyatakan tersalah hantar TAC ke nombor telefon aku. Masa tu dah rasa lain macam,
"Mana mungkin tersalah hantar TAC. Nombor phone aku dengan dia bukan sama pun.”
Dia tak puas hati sebab aku tak reply, dia call dari WhatsApp sebanyak dua kali tapi aku tetap tak angkat sebab masa tu kebetulan aku tengah masak untuk makan malam.
Tak lama kemudian menyusul nombor TAC melalui SMS di telefon aku. Aku yang tengah masak ni punya rasa mengeletar lutut bila dapat TAC tu, terus block nombor WhatsApp dan SMS tu. Aku tak boleh fikir masa tu, takut sangat-sangat bila teringat kisah-kisah orang yang pernah kena tipu sebelum ni.
Bila aku tak layan, dia dah tak call lagi. Aku sedikit lega la. Sambil-sambil tu aku hubungi BFF zaman sekolah dulu, Mastura Abu Bakar, yang bekerja di Maybank. Bertanya macam-macam dengan Mas berkaitan scammer ni. Sedikit lega bila Mas kata aku bernasib baik kerana tidak berkongsi nombor TAC tersebut. Dalam lega tu, aku cek juga akaun memang masih ada duit.
Keesokan hari iaitu pada hari Jumaat (3 April 2020), sekali lagi aku dihubungi oleh scammer menggunakan SMS sekitar jam 6.53 petang dari nombor 63044 bertanyakan sama ada aku ada membeli barang dari Lazada bernilai sekian-sekian. Aku tak layan dan terus block.
Sekitar jam 8.03 malam aku terima WhatsApp dari nombor 011-25835468 sekali lagi bertanyakan sama ada aku ada membeli barang di Lazada dan membuat pembayaran pada mereka. Masa tu dah tak sedap hati sebenarnya walaupun terus block segala nombor tu.
Hati jadi berdebar-debar. Dengan tangan yang menggigil aku try buka website M2U dan mendapati duit aku telah ditransfer sebanyak dua kali transaksi ke First Deposit GSP.
Nilai bagi kedua-dua transaksi adalah sama dengan nilai barang di Lazada yang dinyatakan dalam SMS. Aku menangis tak tahu nak buat apa tengok duit dalam akaun dah menyusut.
Aku call semula Mas untuk meminta pandangan dia. Aku dah blur masa tu. Mas tenangkan aku dan suruh terus pergi buat report polis, tukar password M2U secepat mungkin dan call Maybank Customer Service untuk meminta bantuan.
Aku terus cerita pada suami apa yang terjadi dan kami tawakal bergegas ke IPD Seri Iskandar berdua sebab aku tak boleh drive. Nasib le IPD dekat je dengan rumah.
Sampai di IPD Seri Iskandar, aku terus buat report sambil tu cuba tukar password M2U tapi tak berjaya. TAC tak sampai-sampai. Aku dah menangis masa tu, sambil-sambil tu cuba call Maybank Customer Service tapi tak dapat bercakap dengan pegawai bertugas sebab diorang dah di luar waktu operasi.
Untuk pengetahuan korang Maybank Customer Service tidak beroperasi 24 jam sepanjang PKP ni.
Sambil buat report, sambil sembang dengan pegawai-pegawai polis yang ada di situ, masing-masing terkejut mcmana scammer boleh ambil juga duit walaupun kita tak kongsi TAC. Masa dah print report dapat cakap dengan pegawai penyiasat bertugas tapi dia tak boleh buat pula sebab aku buka akaun di Batu Gajah. Diorang transfer report aku ke IPD Batu Gajah. Dapat call dari pegawai penyiasat di sana dan dia suruh aku datang secepat mungkin. Aku setuju datang keesokan hari (Sabtu - 4 April 2020) memandangkan hari dah jauh malam.
Balik rumah migrain dah mula menyerang. Perut lapar tapi tak rasa nak makan. Aku masih lagi WhatsApp dengan Mas sambil cuba tukar password dan remove dua goal yang telah scammer create dalam akaun aku. Tetap tak berjaya. Tak sedar bila aku tertidur sebab banyak menangis.
Sedar-sedar dah subuh hari ni Sabtu (4 April 2020), aku try lagi tukar password, hubungi Maybank Customer Service dan remove goal tetapi tetap tidak berjaya hingga hampir jam 3 petang hari ni. Jangan tanya berapa puluh kali aku call dan cuba macam-macam. Aku dah rasa nak gila sebab banyak kot nilainya diaorang ambil. Aku susah payah simpan untuk anak-anak, korang setan senang-senang nak curi hasil titik peluh aku. Kalau RM180 pun aku susah hati inikan pula jumlah aku diduga.
Menurut Mas, kita sebenarnya terdedah dengan scammer bila menggunakan online banking melalui WiFi luar/percuma. Tapi masalahnya masa tu aku kat rumah. Aku guna internet percuma yang kerajaan bagi tu sebab masih dalam tempoh 8 pagi hingga 6 petang waktu kejadian pertama.
YES, korang rasa tak apa yang aku rasa? Selepas kita guna Internet Percuma minggu ni banyak kejadian scammer curi duit kita dalam akaun. Aku tak salahkan Internet Percuma yang kerajaan bagi kita. Aku bersyukur dapat tapi aku geram dengan scammer ni sebab lagi memudahkan kerja diaorang menipu.
Hampir jam 3.18 petang hari ni atas bantuan Mas, aku telah dihubungi oleh pegawai dari Maybank Kuala Lumpur. Setelah usaha call Maybank Customer Service dan hantar email kat Maybank takde jawapan, Allah hantar bantuan untuk aku yang dah tak tentu arah ni. Aku menangis dapat panggilan dari Maybank KL tu. Pegawai tu bantu aku buat password baru dan remove goal yang dicipta scammer b******* tu. Kami usaha sama-sama sampai berjaya dapat balik jumlah yang telah pending dalam akaun aku tu. TQSM Mas.Tak terbalas jasa Mas pada Gee.
Lepas selesai dapat semula duit aku, terus siap lepas asar nak teruskan juga bagi statement kat IPD Batu Gajah. Walaupun duit aku dah dapat balik tapi aku nak bagi pengajaran kat scammer b**** tu. Berdua lagi kami melalui sekatan jalan raya di Siputeh berbekalkan report polis dari IPD Seri Iskandar semalam. Dalam jam 5.30 petang, kami selamat sampai dan terus menuju pejabat pegawai penyiasat, Inspektor Fatin.
Menurut Inspektor Fatin, dia sendiri baru tau taktik scammer create My Goals dalam akaun kita. Dia juga yang meminta aku berkongsi pengalaman di laman sosial agar lebih ramai yang peka dengan situasi semasa. Rupanya banyak report yang dikendalikan Inspektor Fatin sekitar 2, 3 hari ni berkaitan online banking.
Jadi tolong ya kawan-kawan, alert dengan semua SMS, WhatsApp dan panggilan dari orang yang tidak dikenali sama ada meminta TAC atau bertanyakan tentang pembelian barang-barang di LAZADA atau SHOPEE.
Paling penting juga korang jangan panik ketika lalui detik macam ni. Sekarang bukan masa untuk kita shopping dengan seronok dan menggunakan aplikasi online banking, lagi-lagi sepanjang tempoh dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Hari ni juga ada sale di Lazada dan Shopee sempena 4.4 kan ?? Berhati-hatilah semua. Kalau dah jadi macam aku memang menangis jelah tak tahu nak buat apa. Dahlah sepanjang tempoh PKP waktu operasi Customer Service dan bank-bank dah tak sama macam dulu. Kena pulak macam aku Jumaat malam kejadiannya. Sabtu Ahad mana ada bank beroperasi. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi sepanjang dua hari cuti ni. Aku merayu tolonglah lebih berhati-hati.
Share dengan orang tersayang korang ye. Akhir kata maafkan aku sebab tak reti nak pendekkan cerita. Aku lemah bab-bab macam ni. Kalau boleh banyak lagi yang nak diceritakan tapi perut dah berkeroncong dari malam tadi tak jamah apa-apa makanan.
Terima kasih tak terhingga buat BFF aku, Mas. Jasamu akanku kenang selagi nyawa di kandung badan. Terima kasih juga atas layanan terbaik dari #IPDSERIISKANDAR dan #IPDBATUGAJAH.
Maaf kawan-kawan. Bukan niat saya untuk memburukkan Internet Percuma yang diberikan oleh kerajaan dalam status ini. Saya telah dimaklumkan bahawa Internet Percuma ini diberikan oleh syarikat telco dan ianya adalah selamat. Internet percuma tidak sama dengan WIFI ye. Kalau menggunakan WiFi percuma di mana-mana kita memang kena lebih berhati-hati.
Berkemungkinan kes saya ni terjadi akibat kebocoran maklumat dan akaun saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Biar pihak bertanggungjawab yang menjalankan siasatan selanjutnya. Maafkan saya atas andaian buruk tersebut. Saya sedang fobia dan akan merasakan apa sahaja yang digunakan di sekeliling menjadi punca kejadian. Nak angkat phone pun saya fobia. Maaf kalau ada panggilan yang tidak dijawab.
Semoga kita semua akan lebih berhati-hati lagi dalam membuat apa-apa tindakan. Yang penting jangan panik.
Sumber: Norzieana Mior Norahan
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment