'Try hard sangat nak tunjuk bodoh dia' - Ahli Masak Apa Tak Jadi Hari Ni buat laporan polis kerana pau hangusnya dihina netizen
Facebook group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official (MATJHNO) diwujudkan beberapa hari lalu sememangnya banyak menghiburkan ramai netizen yang ketawa tak kering gusi.
Mana tidaknya, sejak dari awal kemunculan group itu, banyak gambar-gambar masakan yang tidak jadi disertakan dengan kapsyen yang kelakar.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi gambar masakan paunya hangus kehitaman menimbulkan pertikaian netizen.
"Jahanam wehhh... Badi group nie terpalit kat makcik hari nie. Semenjak join group nie, berdekah-dekah aku ketawakan orang. Ya, hari nie hari aku.
"14 tahun dalam donia pau, hari nie hangusss terbakar pau aku. Udah tak tahu mana satu pau cendawannya. Allah, dosa apa aku buat hari nie. Siapa gelak, tiakk itam erk," tulisnya.
Bagi netizen, 14 tahun dalam dunia pau, adalah mustahil perkara seperti itu boleh berlaku. Disebabkan itu, ada beberapa netizen yang mula mengecam wanita itu dengan komen-komen negatif.
Menyedari dirinya dihina dengan begitu teruk, wanita itu tampil membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh, baru-baru ini bagi menuntut beberapa individu terbabit membuat pemohonan maaf secara terbuka.
"Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan-bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar babi dan sebagainya.
"Tujuan saya masukkan gambar tersebut adalah sekadar untuk berkongsi, bukannya untuk menerima hinaan seperti itu.
"...saya buat laporan polis untuk minta mereka memohon maaf secara terbuka," katanya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment