First date gagal, perempuan tikam kepala kepala lelaki yang meraba punggungnya
Seorang lelaki berusia 59 tahun ditikam dengan pisau selepas diserang oleh pasangannya ketika pertemuan kali pertama dalam kejadian yang berlaku pada 9 April lalu di bandar Kharkiv, Ukraine.
Menurut laporan, pasangan berkenaan terdahulu sedang minum minuman keras di sebuah kerusi berhampiran bangunan kediaman sebelum tercetusnya pertengkaran di antara mereka.
Marina, 31, menikam kepala mangsa menggunakan pisau dapur menyebabkan kepala mangsa mengalami luka sedalam enam inci.
Saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakam video menunjukkan mangsa terbaring di lantai tidak sedarkan diri selepas diserang Marina. Suspek kemudian mengeledah badan mangsa untuk mengambil wangnya.
Marina cuba mencabut semula pisau itu tetapi gagal dan terus beredar meninggalkan mangsa yang cedera.
Rakan suspek, Anton, yang tinggal di bangunan kediaman itu berkata, "Dia (Marina) datang berjumpa dengan saya dan kata dia dah tikam kepala seorang lelaki.
"Saya pada awalnya tidak percaya dan apabila saya melihat ke luar tingkap, ternampak seorang lelaki sedang terbaring berhampiran kerusi.
"Marina berkata, dia berang kerana lelaki itu meraba punggungnya," kata Anton.
Marina dipercayai membawa pisau tersebut sebagai persediaan untuk mempertahankan diri sekiranya berdepan dengan situasi yang tidak diingini.
Saksi di tempat kejadian menghubungi ambulans dan mangsa yang kritikal dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Polis Peronda, Kateryna Misina berkata, "Apabila kami tiba di tempat kejadian, mangsa terbaring berlumuran darah. Suspek cuba mencabut semula pisau itu untuk menghapuskan bukti."
Sementara itu doktor di Hospital Bandar Kharkiv memaklumkan pihaknya masih berusaha menyelamatkan mangsa.
"Keadaan mangsa sangat kritikal. Harapan dia untuk diselamatkan adalah tinggi sekiranya pisau itu tidak disentuh sehingga pihak perubatan datang membantu."
Kertas siasatan telah dibuka dan Marina yang telah direman akan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh mangsa.
Jurucakap polis, Evelina Cherepakhina berkata, "Suspek mengakui dia menikam kepala mangsa ketika kejadian dan cuba mencabut senjata itu semula dan membuangnya."
Marina bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.
Sumber: Daily Mail
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment