(Video) 'Mu tak ganti, mampuh mu hari ni!!' - Dahlah kereta terbalik, kena pukul plak


Viral di media sosial video seorang lelaki memukul pemandu kereta Perodua Kancil yang dipercayai melanggar keretanya secara tidak sengaja. 

Berdasarkan klip video berdurasi 24 saat itu, kereta Kancil berwarna lemon chiffon itu terbalik dan pemandunya sedang berusaha keluar dari kenderaannya. 

Namun, pemandu kereta putih (tak tahu brand apa) datang dengan membawa batang besi terus memukul mangsa bertubi-tubi kerana marah keretanya dilanggar. 

Orang awam yang berada di tempat kejadian segera menghalangnya tetapi gagal berbuat demikian kerana bimbang turut menjadi mangsa. 

Lelaki itu juga memberi amaran kepada yang lain untuk tidak cuba menghalangnya, selain menegaskan pemandu Kancil itu perlu membayar ganti rugi kepadanya serta merta atau berdepan dengan tindakan yang bakal diambil olehnya. 

Di penghujung video, pemandu Kancil ada menyebut "Orang rumah..." dan menurut sumber netizen, isteri mangsa hendak bersalin.

"Dengar cerita owner Kancil tu, isteri dia nak bersalin. Tu yang kalut sikit bawa kereta sampai terlanggar kereta putih ni. Last tu dia ada cakap, "ore rumah kito...", Wallahualam," kata netizen. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada hari ini di Jalan Pasir Mas.

Di media sosial, netizen mempertikaikan tindakan pemandu kereta putih itu yang bertindak agresif terhadap mangsa, sedangkan kejadian itu boleh diselesaikan secara baik sekiranya dia mengawal kemarahan dirinya terlebih dahulu.



Sumber: Sultan Melaka


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.