'Gunung-gunung berapi di Indonesia kembali aktif, tanda kiamat kecil dunia akan berlaku'


Letusan gunung berapi yang berlaku di beberapa buah negara sangat menggerunkan sehingga ada nyawa yang terkorban. Tetapi, letusan ini tidak hanya memberikan kesan yang negatif sahaja, malah turut memberikan impak yang positif terhadap landskap bumi.

Negara Indonesia sebagai contoh antara negara yang mempunyai banyak gunung berapi. Kesan daripada letusan itu juga menjadikan Indonesia sebagai sebuah tempat peranginan dan perlancongan yang digemari ramai.

Namun begitu, melalui satu perkongsian di Twitter, gunung-gunung berapi yang sudah mati di Indonesia dikatakan mulai aktif semula dan jika ia meletus, kiamat kecil dunia akan berlaku.




TAHU tak korang, Indonesia ni antara negara yang mempunyai banyak gunung-gunung berapi yang dah mati tapi mulai kembali aktif semula. Jika ia meletus maka kiamat kecil dunia akan berlaku.

Baru-baru Gunung berapi Sinabung telah mulai aktif dan meletus di Indonesia. Kalau diperhatikan, sangat menakutkan kerana banyak gunung-gunung berapi di Indonesia mulai aktif semula. Korang baca sejarah gunung berapi terkuat di Indonesia. Lihat movie ni.

Korang tahu tak, dekat selat Indonesia terdapat banyak gunung berapi yang masih aktif? Antaranya adalah Gunung berapi Anak Krakatau. Tapi yang paling menakutkan sekali adalah gunung berapi Toba!! Sekali meletus akan membuatkan Bumi gelap gelita.


Jika Tambora menyebabkan Eropah bergelap selama setahun, Toba pula nyaris menyebabkan kepupusan tamadun manusia.





Sejarah Danau Toba

Sekitar 74,000 tahun lalu, Danau Toba yang merupakan gunung berapi raksasa meletus hebat. Letusan tersebut menyebabkan perubahan iklim dunia hingga suhu bumi turun sehingga 5°C dan nyaris memusnahkan nenek moyang manusia.



Letusan gunung Toba pada waktu itu mengeluarkan awan panas raksasa yang menutup atmosfera dari hujung timur hingga barat Pulau Sumatera. Ia juga turut memuntahkan jutaan kubik abu yang menutup Lautan Hindi hingga Laut Arab dan sebahagian Lautan Pasifik.

Gas sulfat yang dilepaskan tersebar luas ke atmosfera dan menutupi bumi menyebabkan kegelapan total yang terjadi selama bertahun-tahun Letusan gunung Toba yang terjadi saat itu berada dilevel tertinggi letusan gunung berapi, iaitu 8 Volcanic Explosivity Index (VEI).

Menurut penelitian para ilmuwan di dunia, gunung Toba merupakan gunung berapi Supervolcano yang mempunyai letusan paling kuat di dunia.

Sumber: Jalan-Jalan Cuti Santai



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.