'Mau enaknya aja' - Remaja bunuh teman wanita hamilkan anaknya kerana tidak mahu bertanggungjawab
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak membunuh teman wanitanya kerana enggan bertanggungjawab di atas kehamilan mangsa yang baru berusia enam bulan.
Mangsa, 16, maut (lemas) setelah suspek dan yang dibantu oleh rakannya mencampak mangsa ke dalam sungai dengan keadaan tangannya diikat agar tidak dapat menyelamatkan diri.
Ketua Polis Daerah Pesawaran (Indonesia), Aris Siregar berkata, suspek dan rakannya telah berjaya diberkas pada Ahad lalu (23/8/2020).
Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tangannya masih berikat di sungai oleh orang awam pada jam 5.00 petang, Jumaat 21/8/2020.
Menurut Aris Siregar, malam Khamis (20/8/2020), suspek mengajak mangsa keluar berubat selepas mendapatkan bantuan dari seorang dukun.
Mangsa akur dan setibanya di lokasi, suspek dan rakannya mengikat tangan mangsa kononnya itu sebahagian dari syarat ritual yang dikenakan. Selepas itu, mangsa diangkat oleh kedua-dua suspek sebelum mencampaknya ke dalam sungai.
Dalam keterangan, suspek mengakui mangsa pernah meminta dia untuk bertanggungjawab ke atas kehamilannya yang sudah berusia enam bulan itu berikutan perubahan badannya semakin ketara. Malangnya, suspek tidak bersedia untuk bertanggungjawab.
Polis percaya, motif pembunuhan itu adalah kerana suspek tidak mahu bertanggungjawab.
Kes masih dalam siasatan dan kedua-dua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sumber: Sosok
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment