Tak dapat 'Green Light' untuk berpoligami, suami tetak kaki isteri
Suspek, Dedi Ompong, 41, dari Kampung Tempuran, Indonesia, ditahan pihak polis pada Khamis lalu, selepas mendapat laporan dari keluarga mangsa, tiga hari selepas kejadian.
Polis turut merampas senjata (golok) yang digunakan oleh suspek dalam kejadian tersebut.
Siasatan awal mendapati, suspek menyerang isterinya kerana mangsa enggan mengizinkan dia berkahwin lagi dan terus menuntut perceraian.
Suspek kecewa dengan jawapan isterinya itu dan dalam masa yang sama dia marah permintaannya ditolak lalu berhasrat untuk menganiaya isterinya sendiri dengan menetak kaki mangsa menggunakan golok.
"Saya kecewa dia menuntut cerai. Saya tidak mahu berpisah." katanya.
Mangsa kini sedang dirawat di hospital dan suspek akan disiasat mengikut Seysen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 2004 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabitkan bersalah.
Sumber: Tribun News, Harian Metro
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment