Wang Tabung Harapan RM205 juta telah digunakan untuk bayar hutang kerajaan
Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim Bakri (Bersatu - Kudat) memaklumkan, dana akaun Tabung Harapan telah dibelanjakan mengikut tatacara yang termaktub iaitu untuk membayar hutang kerajaan persekutuan.
Akaun tabung itu juga telah diurus tadbir oleh jawatankuasa akaun secara amanah.
"Penggunaan dana dalam akaun tersebut mengikut tatacara yang termaktub dalam arahan untuk bayar hutang kerajaan persekutuan dan pembayaran yang perlu digunakan untuk tujuan akaun itu sahaja.
Abdul Rahim berkata, sehingga 1 Disember 2019, dana Tabung Harapan termasuk semua faedah berjumlah lebih RM205 juta telah digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB.
Sumber: MalaysiaKini
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment