'Saya nak bergaduh dengan dia!' - Isteri tuntut cerai kerana suami terlalu baik & menyayanginya


Seorang wanita di India nekad menuntut cerai hanya kerana tidak pernah bertengkar dengan suaminya, selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga. 

Difahamkan, wanita itu berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya. Malah lelaki itu selalu memaafkannya apabila dia melakukan kesalahan. 

"Dia sering memaafkan saya setiap kali saya melakukan kesalahan. Dia tidak pernah menjerit atau buat saya rasa kecewa atau sedih dengan sebarang isu. 

"Adakalanya dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan kerja-kerja rumah. 

"Saya tidak perlukan suami yang sentiasa bersetuju dengan saya segala apa perkara. Saya mahu bergaduh dengannya," kata wanita itu yang tidak didedahkan identitinya. 

Mahkamah Syariah bagaimanapun, menolak tuntutan perceraian itu yang dianggap sebagai keputusan semberono. 

Mahkamah kemudian bertanya, apakah wanita itu mempunyai sebab yang lain untuk bercerai, tetapi dia gagal mencari alasan lain untuk meneruskan keinginannya itu. 

Pasangan itu diarahkan menyelesaikan masalah mereka secara bersama.

Tidak berpuas hati kesnya ditolak, wanita itu cuba mengemukakan tuntutannya kepada badan pemerintah tempatan. Tetapi, hasilnya tetap mengecewakan kerana tiada yang mahu mengendalikan kes itu. 

Sumber: Sinar Harian, Agensi



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.