'Kereta mahal takde button stop enjin eh?' - Pemandu melecur disambar api kerana 'terlalu bijak' isi minyak tanpa matikan enjin kereta


Gara-gara mengisi minyak tanpa mematikan enjin kereta, seorang lelaki melecur di tangan dan kaki akibat disambar api. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan kelmarin, mangsa, 31, turut mengambil kecederaan di beberapa bahagian lain. 

Bomba Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 malam dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikerahkan ke lokasi. 

Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Audi telah terbakar berhampiran sebuah pam petrol di stesen minyak berkenaan.

Kebakaran melibatkan 10 peratus pada pintu belakang kanan Audi terbabit dan 30 peratus pada permukaan pam minyak. 

Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. 

Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri yang tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak seperti mana yang telah disarankan kepada pengguna selama ini. 

Sumber: Kosmo



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.