'Kalau nak makan, kerjalah' - Kesal takde makanan, anak tetak bapanya
Seorang lelaki tergamak menetak bapanya di Sungai Lilin, Kabupaten Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia.
Menurut media tempatan, kejadian itu berlaku pada 2 Mei 2021 kira-kira jam 8.30 petang ketika suspek bernama Rosadi, 25, hendak makan.
Rosadi pergi ke dapur dan melihat tiada lauk di bawah tudung saji. Bengang dengan hal itu, Rosadi terus mengamuk memecahkan pinggan.
Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa lalu menegur Rosadi dan menyuruhnya bekerja jika mahu makan. Tersentap dengan kata-kata itu, Rosadi terus menetak bapanya menggunakan parang panjang.
Setelah melakukan perbuatan keji itu, Rosadi terus keluar dari rumah meninggalkan bapanya yang mengalami kecederaan di bahagian telinga dan tangan.
Kejadian itu diketahui oleh jiran, lalu datang membantu membawa mangsa ke rumah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bertindak di atas laporan yang diterima, polis terus menjalankan siasatan dan berjaya menangkap Rosadi dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut.
Suspek ketika disoal siasat mengaku dia tersentap dengan kata-kata mangsa dan kini dia menyesal dengan perbuatan kurang ajarnya itu. - Agensi
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment