'Suspek mengaku, dah sebulan dia tak dilayani isterinya' - Remaja dirogol bapa sebanyak 2 kali sebelum dipukul dengan batu bata sampai mati


Malang nasib seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia, ditemui mati di dapur rumahnya pada Rabu, 5 Mei 2021. 


Mayat mangsa ditemui oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah pada jam 10 pagi. Terkejut dengan penemuan yang tidak disangkakan itu, adik mangsa menjerit ketakutan sehingga didengari jiran berdekatan yang lalu bergegas datang untuk melihat apa yang berlaku. 


Ketua Polis Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, siasatan awal mendapati, terdapat kejanggalan pada penyebab kematian mangsa berikutan penemuan kesan luka pada mayat mangsa di bahagian wajah, leher dan kepala yang dipercayai dibunuh. Turut ditemui kesan sperma di dalam kemaluan mangsa. 


Setelah melakukan siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian, akhirnya polis mendapati mangsa telah dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri bernama Slamet, berusia 50 tahun. 


Sebelum dianiaya sampai mati, suspek sempat merogol anaknya sebanyak dua kali di bilik, di kediaman mereka yang ketika itu hanya tinggal mereka berdua, sementara isteri suspek keluar bekerja. 


Suspek memberikan alasan dia berbuat demikian terhadap anak perempuannya sendiri kerana tidak dapat menahan nafsu seksualnya setelah lama tidak dilayani oleh isteri. 


"Suspek mengaku khilaf kerana sebulan tidak dilayani oleh isterinya. Suspek juga mengaku dia membunuh mangsa kerana berang anaknya menolak untuk dirogol kali kedua," kata Aditya dalam sidang media pada 24 Mei 2021. 


"Bukti kejadian berdasarkan profil DNA suspek. Mangsa dianiaya sehingga meninggal dunia kerana memberontak ketika dirogol di mana dia dicekik, ditekap dan dipukul dengan batu bata," tambahnya lagi. 


Bimbang perbuatan kejinya terbongkar, suspek sempat mengelar tangan mangsa dan meninggalkan tali di tepi mayat seolah-olah mangsa meninggal dunia akibat bunuh diri. Selesai mencipta alibi tersebut, suspek keluar untuk pergi ke tempat kerjanya (buruh). 


Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dan suspek ditangkap pada Jumaat 21 Mei 2021. 


Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang berkaitan dengan Akta Perlindungan Anak yang memperuntukan hukuman 15 tahun penjara. 


Sumber: Kompas



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.