'Saya risau kalau nama Semboyan rosak & tiba-tiba nanti kita dituduh scammer, sebab itu saya marah' - Yusuf Azmi tampil beri penjelasan


Susulan laporan media mengatakan pihak polis sedang giat mengesan sekumpulan lelaki yang memukul seorang warga asing semalam, aktivis masyarakat, Yusuf Azmi, tampil menafikan dirinya dan Abang Ali kini sedang diburu polis. 


Beliau juga meminta orang ramai tidak menularkan berita yang tidak tepat itu kerana dia tidak melarikan diri dari pihak berkuasa serta menjamin akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung insiden yang berlaku pada tengah hari Isnin, 3 Mei 2021. 


"Saya telah dihubungi oleh pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang meminta saya bertemu dengan mereka untuk dirakam keterangan. Alhamdulillah saya dalam perjalanan menuju ke IPD Kajang dan inshaAllah akan memberi kerjasama. Tidak ada masalah untuk kita beri kerjasama berhubung dengan insiden yang berlaku pada tengah hari tadi," katanya dalam video live semalam.


Menjelaskan lebih lanjut, Yusuf berkata, dia sepatutnya membuat laporan polis. Tetapi disebabkan atas beberapa perkara seperti empat warga Bangladesh yang dicekup itu merupakan muslim, timbul rasa kasihan pada mereka.


"Sebenarnya saya patut membuat laporan polis. Tetapi disebabkan kita memberi kelonggaran kepada empat individu warga Bangladesh yang kita lihat sebagai muslim, yang kita rasa kasihan pada mereka, kita mendapati mereka semua tidak mempunyai permit kerja dan tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap. 


"Iyalah, kita ada ehsan sebagai orang yang beragama Islam, kita lihat saudara kita walaupun dia buat salah, setelah dia memohon maaf (di atas perbuatannya yang) menawarkan tawaran yang tidak wujud iaitu mengambil duit daripada orang ramai dengan melibatkan nama Semboyan dan juga melibat satu kedai yang tiada kena mengena. 


"Setelah dia membuat pengakuan, saya pun... kita lepaskan dan tidak membuat laporan kerana kesian. Kalau dia ditangkap, dibawa ke depoh, dikenakan hukuman dan sebagainya, kita kesian. 


"Tetapi apa yang difahamkan, ada seorang anggota polis telah membuat laporan terhadap saya dan Abang Ali, tak mengapa, kita akan memberi kerjasama. Kita faham benda ini telah diviralkan. Bukan menjadi perkara kepada saya secara peribadi untuk melakukan kerja yang tidak bermoral ini. Tetapi benda-benda itu berlaku kerana kita terkhilaf. Kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya. 


"Saya risau kalau nama persatuan Semboyan rosak. Sudahlah kita bekerja membanteras scammer ini, tiba-tiba nanti kita dituduh scammer. Sebab itu saya marah dengan apa yang berlaku. Tapi kalau itu dikatakan perbuatan yang salah, saya akui saya memang salah. Apa nak buat, kita pergi bagi rakaman percakapan.



"Namun pihak polis yang terlibat kena faham, saya mengambil tindakan bukan secara sendiri. Sebenarnya perkara ini boleh dilanjutkan dengan tindakan undang-undang. Tapi kerana kita ada budi bicara dan ehsan, sebab itu saya lebih kurang sajalah, dia pun dah mohon maaf dan kita telah selesai. 


"Saya faham bila pihak polis rasa ada perlunya mengambil tindakan, okay tak apa, kita bagi kerjasama. Cuma saya harap jangan tular di luar jangan mengatakan saya lari. InshaAllah kita tidak lari dari undang-undang, sebab kita juga orang undang-undang. Gerakan kita, Semboyan di seluruh Malaysia juga terlibat dengan undang-undang. 


"Seluruh rakyat Malaysia, teruskan menyokong dan mendoakan yang baik," katanya.


Sumber: Brigade TV



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.