(Video) 'Saya tak lari, saya buat U-Turn untuk bertemu dengan mangsa' - Pemandu Myvi nafi larikan diri & akan bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku
Susulan viral video sebuah kereta Perodua Myvi melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat sehingga merempuh motosikal penghantar makanan (Grab Food), pemilik kereta berkenaan tampil memberikan penjelasan.
Pemandu Myvi, Ahmad Shuhaimi, menafikan dakwaan yang mengatakan dia melarikan diri dari lokasi kejadian. Sebaliknya selepas kejadian itu, dia membuat pusingan U untuk kembali melihat keadaan mangsa.
"Saya ingin jelaskan bahawa video viral yang mengatakan saya langgar lari adalah tidak benar sama sekali. Saya telah membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam untuk bertemu dengan mangsa.
"Setelah itu saya membawanya ke klinik di Seksyen 15 Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk membuat laporan polis.
"Status dan kenyataan di dalam video (viral) yang mengatakan saya langgar lari adalah salah dan tidak benar. Saya telah selesai dengan pemilik motosikal berkenaan dan s aya akan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.
"Saya mohon viralkan video ini untuk menyatakan perkara sebenar. Saya minta maaf kepada semua sahabat-sahabat atas apa yang berlaku," katanya.
Terdahulu, video sebuah Myvi melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 9 Shah Alam sehingga melanggar motosikal penghantar makanan.
Selepas kejadian itu, Myvi berkenaan dilihat meneruskan perjalanannya, menyebabkan beberapa rakan mangsa bertindak mengejar kereta tersebut.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment