'Neelofa & laki lebai dia perlu didakwa di mahkamah' - Peguam Asiah Abd Jalil
Aktivis dan peguam, Asiah Abd Jalil hari ini menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman tegas terhadap pasangan selebriti yang sedang hangat diperkatakan didakwa melakukan kesalahan merentas negeri untuk membeli karpet.
Sejak semalam, heboh di media sosial mengenai video Neelofa dan suaminya, PU Riz didakwa netizen berada di Nilai 3, Negeri Sembilan, untuk membeli karpet. Malah, lelaki yang dipercayai boss kepada gedung karpet itu juga memuat naik gambar pasangan itu di Facebook mengesahkan mereka datang ke premisnya di Nilai 3.
Asiah dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya berkata, hukuman kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa sebelum ini bagaikan tidak memberikan kesan dan pengajaran meskipun Neelofa sebelum ini ada menyebut kompuan puluhan ribu yang dikenakan terhadapnya akan dijadikan sebagai pengajaran.
"Kesalahan berikutnya mungkin dah tak sesuai nak kompaun. Neelofa dan laki lebai dia tu perlu didakwa di mahkamah dan dihukum penjara. Minah tu tak serik. Betul ke mak dia rasa sejuk masa mengandungkan dia?" tulis Asiah.
Asiah juga mempertikaikan tindakan Neelofa yang mencetuskan kontroversi seperti mempunyai motif tertentu.
Setakat ini, Neelofa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan netizen yang mengatakan dia dan suaminya merentas negeri sehingga ke Nilai 3 untuk membeli karpet.
Di Instastory Neelofa kini dipenuhi dengan iklan-iklan produk perniagaannya. Di ruangan komen Instafeed, ada segelintir netizen yang nakal menuntut Neelofa berkongsikan gambar karpet yang dibeli dari saudagar karpet berkenaan, meskipun tahu permintaan itu tidak akan ditunaikan.
Sumber: IG Neelofa, FB Asiah Abd Jalil, Harian Metro (Rasai Berita Sebenar)
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment