'Kes semakin meningkat, tetapi...' - Kerajaan putuskan aktiviti sukan & rekreasi di tempat terbuka di kala PKP adalah dibenarkan mulai 8 Mei


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam memaklumkan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan terbuka seperti berjoging, berbasikal dan senaman tanpa sentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter adalah dibenarkan bermula 8 Mei 2021. 


Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kelonggaran itu diberi selepas Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan rayuannya untuk mengkaji semula keputusan berhubung SOP sektor sukan serta rekreasi dalam tempoh PKP yang dilaksanakan bermula dari 7 hingga 20 Mei 2021. 


Difahamkan, kelonggaran-kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya. 


Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepasda MKN, khususnya Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin yang memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan itu. 


Reezal menyeru orang ramai khususnya peminat dan penggiat sukan terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat walaupun dalam tempoh PKP. 


Sementara itu di media sosial, netizen mengakui mereka semakin keliru dengan kenyataan yang diumumkan kerajaan yang sekejap A, sekejap B. 


"Aku tak fahamlah, apa faedah buat PKP tetapi semua dilonggarkan. Macam tak ada manfaat langsung yang setia duduk dalam rumah. Hmm, cincau habis," kata John Keria. 


"Kes semakin hari semakin meningkat, dah cecah 4,000+ kes semalam. Katil di ICU hampir penuh, tetapi kerajaan pula longgarkan SOP. Emmm," kata Rusdeh Ariffin. 


"Joging dan berbasikal lebih utama berbanding jumpa mak ayah. Terror la, memang terbaik," kata Ezatul Husna. 


"Tak sampai sehari (buat keputusan) tutup, dah boleh buka pula. Kerajaan tak tetap pendirian, ubah fikiran tak sampai 24 jam," kata Fazlin Kasim.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.