Kebakaran Tahfiz As Sofa. Remaja Nampak Percikan Api Di Siling Sebelum Tiba2…

Kebakaran Tahfiz As Sofa. Remaja Nampak Percikan Api Di Siling Sebelum Tiba2…. | REMBAU, 28 Sept — Seorang pelajar yang menyedari terdapat percikan api menyelamatkan 36 rakannya yang lain dari kebakaran asrama pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS), Kzmpuzg Nerasau, Kota di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negri Sembilan, Norazam Khamis berkata perkara itu disedari Nur Athirah Izzati Shamsul Murfiz, 15, yang tersedar dari tidurnyaz

“Pelajar itu tersedar dari tidur dan ternampak pzrcikan api di bahagian siling bilik asrama dan dia segera mengejutkan rakan-rakannya yang lain supaya segera keluar menyelamatkan diri.

“Para pelajar yang berumur antara 13 hingga 17 tahun turut mengejutkan dua warden wanita asrama mereka.

“Kita kemudian menerima panggilan kecemasan daripada warden pada pukul 1.51 pagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihak bomba sempat menyelamatkan satu blok surau dan dewan di bahagian belakang asrama berkenaan.

Turut terdapat dua orang kakitangan dan dua pengawal keselamatan semasa kejadian.

Norazam berkata pihaknya akan membuat siasatan menyeluruh untuk menentukan punca kebakaran termasuk memanggil unit forensik bomba dan unit anjing pengesan.

“Kita akan menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk aspek kecuaian, khianat, pendawaian dan sebagainya yang boleh menyebabkan punca kebakaran,” katanya.

Beliau berkata kini kesemua 37 pelajar terbabit ditempatkan di STIAS, Km 35, Jalan Seremban-Tampin.

Pengetua STIAS, Nor Badrulzaman Nordin berkata bangunan asrama tersebut beroperasi sejak 2014 dan menepati aspek keselamatan termasuk terdapat pintu-keluar masuk dan alat pemadam api, malah latihan kebakaran dan taklimat keselamtan sering diadakan.

“Pendawaian bangunan asrama ini berada di tahap terbaik,” katanya.

“Kita akan berikan cuti kepada pelajar sehingga waktu yang ditetapkan,” katanya. — Bernama

Sumber: The Malay Mail Online

The post Kebakaran Tahfiz As Sofa. Remaja Nampak Percikan Api Di Siling Sebelum Tiba2… appeared first on JOM MELANCONG.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.