SEMASA : Percutian Rakyat Malaysia Di TURKI Bertukar TRAGEDI.. Naik Belon Panas TIBA-TIBA

SEMASA : Percutian Rakyat Malaysia Di TURKI Bertukar TRAGEDI.. Naik Belon Panas TIBA-TIBA | Baca Viral – Siapa yang menduga, percutian bersama keluarga tersayang boleh bertukar suasana menjadi suram. Ini kejadian yang menimpa seorang rakyat Malaysia yang pergi bercuti ke Turki bersama keluarganya.

MANGSA MENAIKI BELON UDARA PANAS

Mohammad Rizal Narusuddin, Pengarah Syarikat IBC Tour Corporation Sdn. Bhd berkata, mangsa yang berusia 27 tahun tidak menyedari dia gigit serangga dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.

“Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

“Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.

SENGAT SUDAH MEREBAK

“Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,”katanya yang dipetik dari laporan New Straits Times

Jelas Mohd Rizal lagi, doktor mengesahkan bahawa mangsa telah digigit sesuatu dan racunnya telah merebak ke bahagian pinggangnya.

Menurut beliau, pihak IBC Tour menerima panggilan pada jam 9 malam yang mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di hospital tersebut.

SYARIKAT MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB

“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.

“Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan,” katanya.

Wakil IBC Tours berada bersama mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan membantu menguruskan pengebumian dan kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.

Sumber : Ohmanis

The post SEMASA : Percutian Rakyat Malaysia Di TURKI Bertukar TRAGEDI.. Naik Belon Panas TIBA-TIBA appeared first on BACA VIRAL.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.