Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!!

Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!! | MALAYSIA KINII – Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini mengesahkan penemuan beberapa bangkai penyu yang terdampar di pantai di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pengarahnya, Augustine Tuuga, berkata pegawainya di Tawau mendapat pengesahan mengenai penemuan itu selepas menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum yang mengambil gambar bangkai penyu terbabit sehingga ia tersebar di media sosial, semalam.

Beliau berkata, pegawai terbabit sudah diarah membuat siasatan lanjut di pulau berkenaan termasuk pergi lokasi sebenar penemuan bangkai haiwan marin itu, hari ini.

“Berdasarkan pengakuan penduduk itu yang mengakui mengambil gambar bangkai penyu berkenaan, kita menganggap ia adalah benar (bangkai penyu terdampar di Semporna).

“Tindakan sekarang ialah untuk pergi ke lokasi dan membuat pengesahan serta menentukan berapa banyak penyu yang mati. Berdasarkan gambar yang tersebar itu, ia adalah penyu hijau,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar yang tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan beberapa ekor penyu dengan keadaan perutnya terdedah, terdampar di tepi pantai berkenaan.

Punca kematian haiwan marin terbabit termasuk sama ada ia dibunuh belum dapat dipastikan.

Pada awal 2014, kira-kira 60 bangkai penyu ditemui terapung di perairan Pulau Tiga, Kudat, manakala empat lagi ditemui terapung di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pada Mac 2015, pihak berkuasa menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga di utara Pulau Balambangan dan Banggi dekat perairan Kudat, dipercayai cuba diseludup secara hidup melalui laut, namun gagal berbuat demikian berikutan kekerapan rondaan pasukan keselamatan.

Sumber : Berita Harian

The post Penduduk TERGEMPAR Temui Bangkai Penyu Tanpa Perut Berselerak Di Pulau Bum-Bum !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.