Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!!
Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!! | MALAYSIA KINII – Keputusan Arab Saudi menamatkan larangan wanita untuk memandu boleh membantu isi rumah negara itu berjimat berbilion dollar, merancakkan pertumbuhan pelbagai industri termasuk automotif dan insurans.
Keadaan itu sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur bahawa Arab Saudi akan mampu mempelbagaikan kegiatan ekonomi selain minyak.
Ia juga menggalakkan lebih ramai wanita ke dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan produktiviti ekonomi, walaupun penganalisis menjangka pertumbuhan awal adalah sederhana.
Namun ratusan ribu pemandu lelaki yang membawa wanita ke mana-mana, kebanyakannya dari Asia Selatan dan Filipina, berisiko kehilangan pekerjaan.
Selasa lalu, Raja Salman mengarahkan wanita dibenarkan memandu, menamatkan larangan berunsur agama yang menjadikannya sukar buat wanita bekerja dan memaksa ramai keluarga Arab Saudi menggajikan sekurang-kurangnya seorang pemandu.
Dekri itu menjanjikan perubahan gaya hidup terhadap jutaan rakyat. Kira-kira 10 juta wanita berusia lebih 20 tahun termasuk warga asing, tinggal di Arab Saudi. Hampir 1.4 juta warga asing bekerja sebagai pemandu peribadi, memperoleh pendapatan kasar AS$500 (RM2,111.25) sebagai tambahan kepada tempat tinggal dan makanan.
Larangan itu mungkin tidak ditarik balik hingga Jun 2018, dan kerana tradisi konservatif, ia mungkin mengambil masa bertahun berbanding bulan buat wanita memandu di sesetengah kawasan.
Lebihan pendapatan keluarga kemungkinan meningkat ketika mereka memberhentikan pemandu.
Perkhidmatan berita ekonomi Arab Saudi, Maaal, menganggarkan pemandu kini secara bersama memperoleh pendapatan AS$8.8 bilion (RM37.16 bilion) setahun. – Reuters
Sumber : BeritaHarian
The post Punca Saudi Jimat Berbilion Selepas Benarkan Wanita Memandu Yang Ramai Tak Tahu !!! appeared first on MALAYSIA KINII.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment