'Kereta kami dirempuh, mujur anak-anak saya selamat' - Ibu dedah pentingnya letak anak dalam car seats


Ibu bapa selalu dinasihatkan untuk meletak anak-anak kecil mereka di dalam kerusi khas kanak-kanak ketika berada di dalam kereta untuk keselamatan. Namun, masih ramai yang tidak mengambil peduli kononnya tiada apa-apa yang buruk akan berlaku pada anak mereka. 

Akan tetapi, bayangkan jika kita sudah berhati-hati ketika memandu, tetapi ada pemandu lain yang memandu dengan laju dan agresif, bersediakah kita pada waktu itu untuk mengelak keretanya yang akan merempuh kereta kita? Tambahan pula pada waktu itu, anak kita sedang bermain atau berdiri di bahagian kerusi penumpang belakang. Agak-agaknya apa yang akan terjadi? Nauzubillahiminzalik. Semoga bermanfaat. 

SAYA bukan jenis individu yang gemar memuat naik perkara yang serius atau peribadi di Facebook, tetapi apa yang saya mahu kongsikan ini adalah amat penting untuk dihadam oleh golongan ibu bapa.

Ini adalah sebab utama mengapa ibu bapa perlu menempatkan anak kecil mereka di kerusi khas kanak-kanak (car seats) dengan betul setiap masa. Biarpun mereka akan menjerit dan merungut tidak selesa kerana tali keledar yang dipasang terlalu ketat atau sebagainya. 


Ceritanya, kami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil anak sulung pulang dari pra-sekolahnya. Hanya beberapa minit saja lagi untuk tiba di rumah, saya bercadang nak pergi membeli susu. Tiba-tiba sebuah kereta merempuh kereta kami. 

Langsung tak terfikir kejadian/kemalangan seperti ini akan berlaku pada kami. Anak lelaki saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun menurut paramedik, keadaan mungkin berbeza jika saya tidak meletak dan memastikan anak-anak saya duduk di kerusi khas kanak-kanak itu dengan baik. 


Anak-anak saya selamat, begitu juga dengan saya. Mujur Tuhan melindungi kami pada ketika itu. 

Ramai yang menghubungi dan bertanya pelbagai soalan pada saya. Untuk makluman, anak bongsu saya berusia 6 minggu dan anak sulung berusia tiga tahun. Kereta yang dipandu saya adalah Honda CRV yang saya namakannya sebagai Yoshi (RIP Yoshi). 

Dua kerusi khas kanak-kanak yang digunakan adalah Chicco Keyfit 30 (infant) dan Graco Children's Products 4ever. Ketika kejadian, kedua-dua kerusi itu menghadap ke belakang.


Saya tidak menyangka post saya ini dibaca oleh ramai orang di mana pada awalnya saya cuma muat naik untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga sahaja. Saya harap apa yang dikongsikan itu dapat menyelamatkan nyawa ramai kanak-kanak dengan membuatkan ibu bapa berfikir dua kali mengenai soal keselamatan anak masing-masing. 

Sumber: Jenna Casdo Rabberman


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.