2 beradik serang guru nikmati percutian 4 hari di 'hotel besi'


Padah mengancam mencederakan seorang guru, dua beradik yang terlibat dalam klip video viral di media sosial baru-baru ini direman selama empat hari utuk siasatan lanjut. 

Majistret Azem Fatihi Kamal (Mahkamah Majistret Bachok), memerintahkan dua beradik berusia 30 dan 42 tahun itu direman sehingga Jumaat ini dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dan Seksyen 447 akta sama kerana menceroboh. 

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik berkenaan menceroboh masuk ke kawasan sekolah tersebut dan lalu menyerang guru berkenaan. 

Suspek berbuat demikian kerana berang selepas isterinya mengadu guru itu menyebutnya 'babi'. 

Dua lelaki itu juga merupakan saudara kepada pelajar sekolah yang sudah dikenakan tindakan gantung sekolah. Tetapi mereka mendakwa tidak mendapat surat berhubung perkara itu daripada pihak sekolah. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.