Sofi Jikan dipenjara setahun kerana guna dadah di IPD Petaling Jaya


Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap pelakon Sofi Jakan selama 12 bulan atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun lalu. 

Keputusan itu dibuat Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

"Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan," katanya. 

Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun. 

Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelakon itu menangguh perlaksanaan hukuman sementara peguamnya memfailkan rayuan. 

13 Februari 2018, Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-90-carboxylic atau THC di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari 2018. 

Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.