7 pelajar direman kerana merogol pelajar perempuan sejak Oktober hingga Mac lalu


Polis menahan reman tujuh pelajar lelaki berusia 13 hingga 16 tahun selama tujuh hari kerana dituduh merogol seorang pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka antara Oktober 2018 hingga Mac lalu. 

Kesemua tertuduh disiasat mengikut Seksyen 327 Kanun Keseksaan/Sekseyn 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris mengesahkan penahanan itu. 

Beliau berkata, kes itu disedari oleh guru agama pelajar perempuan pada 15 Julai lalu dan meminta ibu mangsa datang ke sekolah sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. 

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besar Melaka dan pemeriksaan mendapati terdapat lima kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. 

Siasatan lanjut mendapati, seramai 15 pelajar disyaki terbabit dalam kes itu dan 14 suspek telah dikenal pasti, manakala seorang lagi suspek tidak dapat dipastikan berikutan pengadu tidak mengenali nama, namun masih mampu mengecam suspek. 

"Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks beberapa kali dengan individu dikenali dan tidak dikenali. 

"Mangsa dikatakan melakukan hubungan seks dengan ramai rakan lelaki selepas diugut video seksnya yang dirakam individu tidak dikenali akan disebarkan," katanya. 

Polis masih giat mengesan dan mendapatkan butiran suspek lain. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan disebat. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.