Anak maut gara-gara ibu langgar lampu isyarat merah


Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas kereta yang dipandu oleh ibunya dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat KM20 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah, kelmarin. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.10 petang, mangsa berusia 11 tahun mengalami kecederaan parah di kepala, manakala dua beradiknya yang berusia 9 dan 7 tahun mengalami kecederaan ringan. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, Proton Saga yang dipandu oleh wanita berusia 43 tahun itu dari arah Gelang Patah mahu menghala ke Mutiara Rini. 

Namun apabila tiba di tempat kejadian, pemandu terbabit dipercayai melanggar lampu isyarat merah untuk membelok ke kanan. 

Dalam masa yang sama, sebuah bas yang bergerak terus menghala ke Gelang Patah tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta mangsa di bahagian kiri. 

"Akibatnya, kereta mangsa mengalami kerosakan di bahagian pintu hadapan dan kiri belakang, manakala bas hanya mengalami kerosakkan di bahagian hadapan kiri. 

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah di bahagian kepalanya. 

Mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan dan pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Sinar Harian


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.