'Netizen ni bodoh, cuma tahu nak merungut' - Nazri selar netizen kritik logo baru TMM2020
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz, tampil mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu logo mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020).
Nazri berkata, Menteri Pelancongan wajar mengabaikan kritikan dari netizen, sebaliknya menumpukan perhatian dalam meningkatkan promosi untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia pada tahun depan.
"Logo hanya memainkan peranan kecil saja untuk menarik pelancong berbanding langkah yang diambil melalui kaedah promosi lain.
"Tak usah peduli apa netizen cakap. Netizen bukan cerdik pun, buat apa semua tak kena.
"Netizen ni bodoh, buat apa semua tak kena, cuma tahu nak merungut," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
Terdahulu, logo baru TMM2020 ciptaan Alfred Phua Hong Fook, 23, dikritik dan dianggap tiada nilai seni atau berkualiti selain didakwa menciplak idea orang lain serta mempunyai kesilapan tata bahasa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata, logo tersebut direka oleh pereka berkelulusan memiliki ijazah seni reka grafik kelas pertama dari IPT.
"Graduan ijazah kelas pertama tidak akan melakukan perbuatan tiru-meniru kerana dia tidak berminat memalukan dirinya sendiri. Hanya orang yang tidak pandai lukis akan meniru," katanya.
Menjelaskan mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam logo tersebut, beliau menjelaskan ia sudah betul dan hanya dianggap salah jika seseorang itu tidak memahami bahasa Inggeris.
Sumber: MalaysiaKini
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment