Nasib 19 penuntut UPNM sama ada perlu bela diri atau dibebaskan, akan ditentukan hari ini


Nasib 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sama ada perlu membela diri atau dibebaskan, akan diketahui hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah dijangka akan membuat keputusan itu selepas selesai mendengar keterangan 29 saksi pendakwaan dalam perbicaraan yang bermula sejak Januari 2018. 

Pada 10 November 2017, enam daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd ALi, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM di antara jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 24 Mei 2017. 

Kesemua tertuduh bersuai 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Selain itu, mereka bersama 13 lagi tertuduh lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada mangsa bagi maksu hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba. 

Pendakwaan itu dikemukakan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda. 

Barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dhillon, A.G. Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Datuk Seri M. Ramachelvam, Azizul Shariman Mat Yusoff dan Zamri Idrus. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.