'Caringnya kita sampai bagi orang Thailand beli minyak paket bersubsidi'

Foto hiasan


Di kala rakyat sedang bergelut dengan isu kenaikan harga minyak dan sukar mendapatkan bekalan minyak bersubsidi, berlainan pula di Golok, Thailand di mana penduduk negara itu senang memperolehi bekalan minyak bersubsidi Malaysia. 


Lapor Harian Metro, minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepaket. Malah, penduduk di Golok mendakwa hampir setiap rumah di pekan itu mempunyai bekalan minyak subsidi Malaysia kerana harganya jauh lebih murah berbanding minyak masak keluaran negara mereka sendiri. 


Penduduk Golok, Imah, 44, mengakui menggunakan minyak bersubsidi itu untuk kegunaan seharian dari dulu lagi kerana harganya lebih murah. 


"Bayangkan jika minyak masak Malaysia hanya RM7 berbanding minyak masak Thailand RM9.50 sekilogram, jadi sudah tentu kami akan memilih minyak yang lebih murah," katanya. 


Imah berkata, mereka tidak tahu sekiranya perbuatan membawa masuk minyak bersubsidi itu ke Thailand menjadi satu kesalahan kerana perkara itu sudah berlaku sejak sekian lama. 


Imah mendakwa, perkara yang sama turut berlaku di mana orang Malaysia menggunakan beras Thailand. 


"Dari segi bekalan, memang tidak menjadi masalah di sini kerana ia boleh didapati di pasar pagi dan setahu saya bekalan tidak pernah terputus," ujarnya. 


Seorang lagi penduduk Golok, Aziz Mohd mendedahkan, penjualan minyak bersubsidi Malaysia itu dijual secara terbuka di kedai runcit dan pasar pagi. Tiada sebarangg halangan dikenakan terhadap mereka untuk membeli berapa jumlah paket minyak yang dikehendaki. 


"Jika ada duit banyak, nak beli 50 paket pun tak menjadi masalah kerana minyak ini sudah menjadi pilihan penduduk serta peniaga di sini kerana harganya jauh lebih murah. 


"Saya sendiri tidak tahu bagaimana minyak subsidi Malaysia itu dibawa masuk ke Thailand. Namun apa yang pasti, minyak bersubsidi Malaysia ini senang didapati dan bekalannya sentiasa ada," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.