Kontraktor tak sanggup bina rumah PPRT dengan kos RM50,000 sebab kos bahan binaan naik

Foto sekadar hiasan sahaja


Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad mendedahkan, tiada kontraktor yang sanggup membina rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan harga RM50,000 seperti yang ditetapkan. 


Kontraktor hanya akan bersetuju sekiranya harga pembinaan rumah PPRT dinaikkan kepada RM67,000 sebuah berikutan kenaikan kos bahan binaan. 


"Sebuah rumah PPRT sekarang ini memerlukan lebih kurang RM67,000 sebuah untuk pelaksanaan," katanya memetik laporan dari Utusan Online, Isnin, 25 Julai 2022. 


Berikutan itu, kerajaan akan membuat garis panduan baharu terhadap program PPRT bagi memastikan ia dapat dilaksanakan tahun ini. 


Jelas beliau lagi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga akan memperuntukkan RM360 juta untuk pembinaan PPRT di seluruh negara di mana RM178 juta untuk membina 2,503 buah rumah baharu dan bakinya pula digunakan untuk membaik pulih 11,353 rumah. 


Namun, beliau bimbang mengenai keupayaan kontraktor kecil luar bandar untuk menyiapkan rumah pada harga itu dan kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isu tersebut dengan mengambil kira kos bahan binaan semasa agar rumah yang dibina berkualiti dan selamat untuk diduduki. 


Sumber: Utusan Online



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.