(Video) 3 penungggang motosikal maut, 3 lagi parah dipercayai merempit jam 4.40 pagi tadi

Foto kejadian | Zuhainy Zulkiffli, AmirulAinul88


Tiga penunggang motosikal maut, manakala tiga lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi tadi. 


Lapor media, kemalangan tersebut membabitkan motosikal dan kereta kira-kira jam 4.40 pagi tadi.


Kesemua mayat mangsa dan mangsa yang parah telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. 


Sementara itu menurut saksi dalam kejadian itu berkata, sebelum kejadian kelihatan sekumpulan mat rempit sedang berlumba di lebuhraya berkenaan. 


Sebaik saja tiba di lokasi kejadian, beberapa penunggang motosikal terbabit tidak sempat berhenti lalu merempuh kenderaan lain yang sedang melalui jalan tersebut.


@amirulainul88

Tiga mati 😭😭 tiga parah

♬ original sound - Amiruainul


Di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan mat rempit yang dianggap menyusahkan pengguna jalan raya lain. 


"Tahanlah mat-mat rempit ini, menyusahkan hidup orang lain. Kalau terlanggar, kita yang susah. Nak buat aksi berbahaya, tolong ke litar, bukannya di jalan raya. Membahayakan pengguna jalan yang lain. Nyawa sendiri tak bernilai ke? Orang lain ada keluarga tau!" kata SH Sookie. 


"Tepuk dada tanya sendiri. Merempit bukan sahaja menyusahkan orang lain, tetapi menyusahkan diri sendiri. Takat nak rasa glamor di zaman muda, tak berbaloi. Salam takziah," kata Amirul Choding. 


"Mak ayah besarkan anak dengan susah payah. Bila dah besar, pilih merempit. Kesian dekat mak ayah. Tapi apa pun, pilihan dan ajal di tangan Dia. Salam takziah," kata Deanna. 


Sumber: Penang Kini, Harian Metro, Sinar Harian



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.