(Video) 'Kalau besarkan jalan tapi guna setahun sekali, takde makna juga' - Timb. MB Kelantan minta rakyat hadap je jalan jem



Bagi mereka yang selalu pulang ke Kelantan semasa musim perayaan, umum mengetahui mereka terpaksa menempuh perjalanan yang lama akibat kesesakan teruk dan juga keadaan jalan raya. 


Walaupun sejak dari dulu lagi penduduk di negeri kerap menggesa kerajaan negeri untuk meningkatkan kemudahan asas itu, namun sehingga kini tiada sebarang penambahbaikan yang dilakukan. 


Baru-baru ini, Timbalan Menteri besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada keperluan untuk melebarkan jalan raya kena ia hanya digunakan sekali setahun. 


Mohd Amar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang awam tentang perancangan kerajaan untuk menangani masalah kesesakan teruk yang berlaku di jalan utama negeri itu setiap kali masuk musim perayaan. 


"Kalau kita besarkan jalan pun, kalau guna untuk setahun sekali pun, tak ada makna juga. Jadi bagi saya, kita kena hadapilah. Bukan selalu, setahun sekali," katanya. 



Video tersebut menular dengan pantas di setiap platform media sosial dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan pemimpin berkenaan yang dianggap seolah-olah melepaskan tangan akan amanah yang telah diberikan rakyat. 


"Ada pepetah mengatakan, kalau tak bercakap belum tentu bodoh. Tetapi bila bercakap, nampak jelas melantun-lantun bodohnya," kata Mohd Syamirullah Rahim. 


"Senangnya menjadi kerajaan. Jalan yang digunakan itu, orang guna setahun sekali atau setiap hari? Untuk kebaikan dan keselamatan rakyat, kenalah tambah baik, bukannya kereta YB saja yang perlu ditukar setiap penggal!" kata Pak U'an. 


"Bagus juga dio jadi menteri. Baru tahu perangai," kata Mohd Nizam. 


Sumber: Facebook Kelantan State



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.