(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?



Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers. 


Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman. 


Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya. 






Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata-mata untuk melihat wanita itu. 


@sayang_dahlia #shouldbeme Bende viral gini biasa laju naik fyp... jgn duk wt gatal p share plak kt group ws yeee...nmpk n kwn2 pon aku blok...#dfloraterengganu ♬ bunyi asal - Nik Mazli




Menurut satu sumber, restoran tersebut telah diserbu oleh pihak berkuasa. Dan berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan beberapa buah kenderaan dan individu di hadapan premis itu yang dipercayai anggota/pegawai penguatkuasa. 


@afizuddinnawi #SudahKenaSerbu#KuasaViral.. #DFloraAirbuah#fypシ゚viral #fypシ🍹🥰 ♬ bunyi asal - Afizuddin Nawi


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sudah lama memantau isu yang membabitkan restoran itu. JHEAT juga menegaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terbabit mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001. 


"Premis ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian itu adalah tidak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan. 


"Kita tak akan membiarkan perkara yang tidak baik, perlakauan tak senonoh dan tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri, tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermorakl dalam kalangan masyarakat," kata JHEAT. 


Sumber: Facebook



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.