Polis buru 2 suspek simbah cat pada Restoran Crackhouse Comedy
Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi, lalu menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
Pemeriksaan pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, kelihatan dua individu yang tidak diketahui identitinya melakukan perbuatan itu pada jam 4 pagi dengan menyimbah cat pada papan tanda serta pintu masuk ke kelab komedi berkenaan.
Lantai pintu utama menuju ke tangga juga simbah dengan cat berwarna hitam. Selain itu, simbahan cat turut mengenai pintu premis bersebelahan dengan kelab komedi tersebut.
Polis juga menerima laporan dari pekerja Hong Leong Bank pada jam 10 pagi dan pemilik restoran Crackhouse Comedy Club pada jam 4 petang semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Sumber: Harian Metro, Bernama
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment