'Isteri senang bersalin sebab saya maafkan dia' - Kongsi tips merendahkan ibu hamil, lelaki ini dikritik netizen

Foto hiasan sahaja


Gara-gara berkongsi petua ibu bersalin, seorang lelaki dikritik netizen, termasuk pakar perubatan yang mendakwa tips itu menyebabkan golongan ibu hamil kerap difitnah.


Tular di media sosial, seorang lelaki berkata, isterinya tidak mengalami sebarang masalah ketika bersalin disebabkan dia mengamalkan petua berikut. 


"Alhamdulillah, isteri saya paling senang bersalin keempat-empat anak kami. Petua kami, saya maafkan semua kesalahan dia pada saya. 


"Anak pertama, belum kali kedua teran, keluar. Anak kedua, dalam kereta dah keluar. Anak ketiga, atas katil sebelum sampai labour room. Anak keempat, bedah sebab songsang tapi mula lepas maghrib dan selesai waktu isyak," katanya. 


Bagaimanapun, pakar perubatan, Imelda Balchin, membidas kenyataan lelaki itu yang dianggap merendahkan kebolehan dan keyakinan ibu-ibu untuk bersalin. 


"Sebab kena bergantung kepada suami maafkan isteri dulu ka? Sebab awaklah, ramai ibu disakiti dan difitnah dikatakan susah nak bersalin sebab banyak kesalahan kepada suami. 


"Jika awak orang yang berhati baik, awak tak cakap macam ni. Macamlah awak ni tak pernah buat kesalahan kepada isteri dan tak perlu dimaafkan. Kenapa nak mencari juga kesalahan isteri?" katanya. 




Sementara itu, netizen juga meluahkan rasa 'loya' terhadap kenyataan lelaki itu. 


"Berani kata isterinya bersalin dengan mudah disebabkan dia, eww! Tolonglah, isteri awak menanggung bayi awak 36 bulan secara keseluruhan. Kredit patut diberi kepadanya 100 peratus, bukan kepada awak. Rasa nak muntahlah dengan lelaki macam ni," kata Emmericium. 


Bagi Aina pula, proses bersalin itu mudah atau sebaliknya tidak seharusnya dipersoalkan kerana itu adalah kerja tuhan. Si suami sepatutnya tidak percaya dengan dakwaan tahyul sedemikian dan apa yang perlu dilakukan pada ketika isteri bersalin adalah berdoa agar urusan bersalin dipermudahkan. 


Yang lain juga bersetuju dengan pendapat tersebut dan suami tidak perlu nak menuntut isteri mudah bersalin disebabkan kemaafan yang diberinya. Tanggapan seperti itu memberi persepsi negatif. 


"Ibu-ibu yang terkorban ketika melahirkan anak, semuanya sebab tak minta maaf, minta ampun kat suami ke? Kalau suaminya dah arwah, dia nak minta maaf kat siapa? Kalau elok je bersalin, nak kreditkan pada suami juga?" kata Adeeology. 


"Dah tu, kalau suami tak maafkan, isteri memang duduk dalam labour room tu sampai anak dalam rahim tu darjah enam ke baru nak keluar?" kata Alia. 


Sumber: Twitter Emmericium




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.