'Kenapalah orang senang² claim dia keturunan Nabi Muhammad?' - Netizen dakwa lelaki asing ini agamawan palsu



Tular di platform media sosial, terutamanya di aplikasi TikTok, kedatangan individu yang didakwa merupakan cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad S.A.W disambut meriah. 


Beberapa kenderaan mewah juga dilihat mengiringi perjalanan beliau. Beliau telah dijadualkan untuk menyampaikan ceramah di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu dan Selangor.


Walau bagaimanapun, negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Terengganu dan Selangor dikatakan telah membatalkan program itu.  




Turut tular di aplikasi Whatsapp, dakwaan yang mengatakan pengikutnya di Malaysia menggambarkan beliau adalah seorang ulama besar terkenal dari Fes, Morocco (Maghribi). 


Bahkan dikatakan juga berketurunan Nabi dari jalur Sayyidina Hasan. Namun begitu, apabila dirujuk melalui rakyat di sana, dikatakan beliau bukan dalam kalangan ulama tetapi berpakaian seperti seorang ulama.


Seorang pengguna Twitter juga mempersoalkan tentang kehadiran lelaki itu apatah lagi kehadiran beliau hampir dengan sambutan Maulidurasul.



"Kenapalah orang senang-senang claim dia keturunan Nabi Muhammad? Dulu ada Habib-habib claim mereka daripada keturunan Nabi, sekarang ini pula, Maula Muhammad Amin Al-Idrisi Al-Hasani. Kena pula Maulidurasul  minggu depan, ramai-ramai lah buat Mawlid diketuai oleh agamawan palsu seperti orang di dalam gambar ini.


"Di TikTok bersepah video pendusta agama ini. Kenapa aku kata pendusta agama? Sebab dia berani berdusta mengaku keturunan Nabi, walhal kamu bukan keturunan Nabi pun. Orang sekarang asal muka suci putih sikit, terus nampak ‘nur’. Habis naya orang kulit gelap, terus nampak dosa," katanya.







Dia juga berasa hairan mengapa begitu mudah diberikan kelulusan kepada penunggang agama tanpa soal selidik.


"Dulu Habib palsu, sekarang Maula pula. Belajar hadis tak mahu, bergendang beryahanana boleh pula," tulisnya lagi.


REAKSI NETIZEN






Sumber:  ZacZakirin 13



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.