(Video) 'Alhamdulillah makcik baju merah dah minta maaf' - Zarah Yusoff



Makcik Baju Merah yang dikatakan telah merosakkan gambar-gambar majlis pernikahan seorang wanita, akhirnya membuat permohonan maaf terhadap pasangan berkenaan. 


Menurut Zarah Yusoff, dia dan keluarganya telah bertemu dengan pihak masjid dan makcik terbabit untuk menyelesaikan perkara itu dan memohon maaf di atas perbuatannya pada hari kejadian. 


"Saya bersama keluarga telah bertemu dengan wakil dari pihak masjid dan makcik berkenaan bersama dengan suami serta anaknya. Kami telah berbincang mengenai isu-isu yang berlaku untuk mereka perbaiki bagi mengelakkan ia berlaku lagi di masa akan datang. 


"Kiranya sudah selesai di antara saya dengan makcik itu. Dia sudah meminta maaf dan begitu juga dengan saya meminta maaf kepadanya. Jadi, tiada isu lagi di antara kami," katanya. 


Memandangkan perkara itu telah diselesaikan, Zarah akan telah memadamkan video-video yang ditularkan sebelum ini. Malah, Zarah mengambil pendekatan untuk tidak lagi memanjangkan hal tersebut.  


@azfztlmhmmd

Alhamdullilah 🙋🏻‍♀️

♬ original sound - Zarah Yusoff


"Cumanya makcik itu meminta untuk tidak melibatkan nama pihak masjid kerana apa yang berlaku adalah kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri, bukannya dari pihak masjid.


"Anak dia juga meminta (mana-mana individu/pihak) tidak tag atau mention nama kakak dia, MummyBunga, lagi di media sosial. InsyaAllah pihak masjid akan memperbaiki perkara itu dari mengelakkan ia berlaku lagi di masa depan," 


Di penghujung video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Zarah meluahkan rasa lega perkara itu telah diselesaikan dengan cara baik dan sekali lagi meminta netizen tidak memanjangkan lagi perkara itu. 


Sumber: TikTok Zarah Yusoff



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.