(Video) 'Aduh! Bergaduh plak, camne nak keluar ni?' - Cetus rusuhan & khianat di premis hiburan, polis buru Rimong Judan



Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menjadi punca utama kes rusuhan dan khianat di Bintulu pada malam Ahad lalu. 


Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek terbabit dikenali sebagai Rimong anak Judan, berusia 36 tahun dan alamat terakhirnya di Bandar Jaya, Jalan Tun Hussein Onn. 


"Saya berharap orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan untuk membolehkan tindakan lanjut dilakukan. 


"Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Lai Mei Ching di talian 014-8763824 atau menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304," katanya.


Kes di siasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 142 Kanun Keseksaan. 




Video kejadian itu juga tular di media sosial yang menunjukkan pergaduhan itu bermula di dalam kelab malam. 


Pergaduhan itu kemudian disambung di luar premis yang menyaksikan sebuah kereta pacuan empat roda bertindak mengundurkan kenderaannya dengan kelajuan penuh lalu melanggar sebuah kereta sedan di belakang. 


Akibat dari pelanggaran itu, tiga buah kenderaan dikenalpasti mengalami kerosakan. 



Sumber: Siaran Media PDRM Bintulu



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.