'Jujurnya saya kecewa dengan Mydin' - Caprice tuntut Mydin mohon maaf atau berdepan dengan saman RM30 juta



Sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah pihak untuk membuat troll mengenai isu-isu semasa yang menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat. Perbuatan itu secara tidak langsung akan mencetuskan 'engagement' pada akaun media sosial masing-masing tanpa mengira kesannya negatif atau positif. 


Baru-baru ini, selebriti Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, menjadi bualan netizen ekoran kegigihan beliau mendedahkan bukti-bukti orang kenamaan melakukan perbuatan terkutuk dan berselindung di sebalik agama. 


Semalam, Caprice menuntut video permohonan maaf dari pasar raya Mydin atas tindakan pihak berkenaan memuat naik tweet yang berbaur sindiran terhadapnya. 


Mydin dalam tweet tersebut berkata, "Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam". 




Disebabkan tweet itu, Caprice memuat naik kenyataan yang dipercayai dari peguamnya, menuntut permohonan maaf dari pihak Mydin. 


"Disebabkan hantaran @mydinmalaysia pada 19 Oktober, pelanggan (Caprice) kami telah mengalami penghinaan oleh jenama dan pasar raya yang kerap dikunjunginya untuk membeli-belah. 


"Disebabkan penghinaan ini, pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan trauma selama-lamanya dengan pekerja dan pelanggan dari @mydinmalaysia. 


"Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia mengeluarkan video permohonan maaf dan pampasan untuk hantaran tidak bertanggungjawab itu," katanya. 


Caprice juga memberi tempoh 24 jam kepada Mydin untuk membuat video permohonan maaf dan memadamkan hantaran yang dikatakan telah menjejaskannya atau berdepan dengan saman RM30 juta jika gagal berbuat demikian. 


Dalam masa sama, Caprice turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak menjadikan jenayah pedofilia dan mangsanya sebagai gurauan dan tidak hairanlah suspek kerap terlepas dari tindakan pihak berkuasa. 


"Terima kasih kepada yang memaklumkan kepada saya mengenai tweet Mydin. Jujurnya saya terkejut dan kecewa dengan jenama yang saya sanjung serta sokong telah bertindak menyindir atau memerli saya ketika saya sedang berjuang menentang kes-kes besar. 


"Dan kepada mereka yang masih tidak berpuas hati dengan saya, saya mohon maaf jika cara saya kasar bermula dari kes PU lagi. 


"Dari situ, ramai yang menyindir atau mengecam saya. Saya tahu ramai yang tak percaya dan tidak selesa (dengan pendedahan itu), inshaAllah kita akan sentiasa membantu dan membela mangsa. 




"Saya tahu ramai yang nak sangat saya koyak, walaupun selepas kena kecam gara-gara bongkar kes PU, walaupun selepas orang serang isteri dan gelar dia pelacur, walaupun selepas kita sokong seorang cikgu dan  tiba-tiba diperli sampai pengikut dia serang IG saya, walaupun selepas pasar raya terkemuka memerli saya secara terbuka di Twitter menyebabkan lebih ramai yang mengecam saya. 


"Kalau perkara yang sama terkena pada korang sendiri hanya 10 peratus pun, kebanyakan korang sendiri pun akan koyak," katanya. 


Sumber: Instagram Caprice



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.