(Video) 'Naik Honda Civic (VDE6083) tapi tak nak bayar tol' - Pengadu



Tular di media sosial video dashcam yang menunjukkan seorang pemandu kereta Honda Civic (ketam) tidak membayar tol dan sanggup mengekori rapat kenderaan lain untuk lepas dari tol tersebut. 


Video berdurasi 2 minit 14 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @nhm0312 menunjukkan kejadian itu berlaku pada jam 9.39 malam Isnin lalu, di Plaza Tol MEX Salak Selatan. 


Honda Civic itu terdahulu dilihat tidak berjaya melepasi palang tol lorong Touch n Go dan terpaksa mengundurkan kenderaannya bagi memberi laluan kepada kenderaan di belakang. Dalam video itu, turut kelihatan sebuah kereta Honda City yang dipercayai rakannya, sedang menunggu di lorong bersebelahan.


Pemilik video kemudian masuk ke lorong tersebut itu meneruskan perjalanan dan di kesempatan itu, pemandu Honda Civic mengekori rapat keretanya untuk melepasi tol tersebut tanpa perlu membuat sebarang pembayaran. 


Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pengadu memuat naik video tersebut di TikTok dan menerima banyak reaksi dari netizen. 


@nhm0312 Hmm Bincangkan #Honda ♬ I Ain't Worried - OneRepublic


Semakan netizen mendapati, Honda Civic dengan nombor pendaftaran VDE6083 itu mempunyai 11 saman berjumlah RM2,350. Manakala kenderaan rakannya, Honda City dengan nombor pendaftaran PNK 7005 mempunyai 17 saman berjumlah RM3,600. 


Di kala yang lain mengecam tindakan pemandu Honda Civic berkenaan, ada netizen yang mahu bersangka baik di mana pemandu itu berkemungkinan kehabisan kredit dalam kad Touch n Go atau terlupa membawa kad tersebut. 


Tetapi, 'kemungkinan' itu dibidas oleh netizen lain kerana alasan tersebut bukan bermaksud pemandu itu boleh sewenang-wenangnya mengekori rapat kenderaan lain untuk mengelak membayar tol. 


Turut dipertikaikan, mengapa pemandu Honda Civic itu tidak mengekori rapat kenderaan rakannya sendiri berbanding pengadu.


"Kalau terlupa top up, memang bolehlah tailgate orang tak nak bayar tol? Pergilah inform orang bertugas di situ. Even MyKad pun boleh top up kalau tak bawa kad Touch n Go," kata Platy. 


Nak dapatkan info terkini? Join group Telegram The Reporter, KLIK SINI!



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.