(Video) Penunggang motosikal rempuh kereta ketika berlumba haram, kepala dilanggar rakan sendiri



Tular di media sosial semalam, video menunjukkan seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan RnR Pagoh.


Berdasar rakaman dashcam kenderaan saksi, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.06 petang, Sabtu lalu yang membabitkan motosikal mangsa dengan dua buah kenderaan. 


Sebelum kejadian, saksi berada di lorong kanan dengan kelajuan lebih kurang 117 km/h dan keadaan cuaca pada ketika itu juga kelihatan baik. 


Tidak beberapa lama kemudian, datang tiga buah motosikal ditunggang oleh tiga pemuda termasuk mangsa. Penunggang pertama dilihat melakukan aksi 'Superman' dan berjaya mencelah di antara dua kenderaan di hadapan. 


Mangsa bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta di hadapan menyebabkan dia terjatuh dan terseret sebelum kepalanya dilanggar oleh penunggang kelima. 


Rempuhan itu dipercayai telah menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Beberapa rakannya turut berhenti di bahu jalan untuk mendapatkan mangsa. 


Sebuah kenderaan SUV berwarna hitam juga dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa sehingga terseret jauh ke bahu jalan. 



Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa tetapi di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal kerana kegiatan merempit di golongan anak-anak muda masih berlaku dan kejadian-kejadian yang lalu seperti tidak memberi pengajaran kepada mereka. 


"Jalan raya dicipta untuk dilalui dengan selamat untuk sampai ke destinasi, bukannya untuk berlumba yang tidak menguntungkan. Bahkan ia meragut nyawa yang tidak boleh dijual beli," kata Mohd Rashid. 


"Ambil perhatian wahai mat rempit. Meninggal atau cedera itu perkara kedua. Yang nyata, kamu menyusahkan pemilik kereta itu kerana dia tidak dapat claim insurans motor. Dia terpaksa claim insurans sendiri dan hilang NCD. Secara automatik insurans dia kembali ke asal 100 peratus. Hidup janganlah sampai menyusahkan orang," kata Isa Haron. 


"Tak boleh ditegur, nanti diorang kata mat rempit jugalah yang tolong orang di tepi jalan. Ceritanya bukan tentang mat rempit. Kalau sudah salah tetap salah. Apa pun saya doakan mangsa selamat dan insaf dengan kejadian untuk dirinya dan pengguna jalan raya lain," kata Balya. 


"Mereka ini pembunuh di jalan raya. Adik ipar saya pun meninggal dunia disebabkan mat rempit. Memanglah sudah tertulis ajalnya, tetapi asbabnya sebab mat rempit. Mereka tak ada rasa bersalah kot, yang pergi meninggalkan anak-anak kecik," kata Awin. 


Sumber: FB Fareez Aiman



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.