Liwat 3 rakan sel, banduan dihukum penjara 23 tahun, 4 sebatan

Mohd Shahrul Ruzaimy, dua dari kiri | Foto Harian Metro


Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan empat sebatan terhadap seorang banduan atas pertuduhan meliwat tiga rakan selnya. 


Tertuduh, Mohd Shahrul Ruzaimy Maznan, 29, membuat pengakuan bersalah terhadap empat pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (KK) di hadapan Hakim Nooriah Osman. 


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap rakan selnya berusia 24 tahun di dalam sel Penjara Marang, pada jam 1.30 pagi, 5 Julai 2022. 


Tertuduh kemudian mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di lokasi sama pada jam 3.30 pagi pada 8 Julai 2022. 


Tertuduh turut melakukan kesalahan sama terhadap dua lagi mangsa berusia 28 dan 24 tahun di lokasi sama pada 29 Jun dan 4 Julai 2022. 


Untuk pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan. Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam dan tujuh tahun serta satu sebatan bagi dua lagi pertuduhan. 


Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan selepas mahkamah mengarahkan hukum penjara berjalan serentak bermula daripada tarikh sabitan iaitu bermula semalam. 


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan. 


Ketika ini, tertuduh sedang menjalani hukuman penjara mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.