'Boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT' - Dr Syahr Musafir seru orang ramai boikot Safiey Illias
Semalam, pakar motivasi, Dr Syahr Musafir, menegur usahawan berkenaan agar kembali ke pangkal jalan dari terus terpesong. Malah, teguran itu juga ditujukan kepada 'teman lelaki' usahawan berkenaan.
SAYA tidak pernah komen tentang identiti Nur Sajat sebab saya tidak pernah tengok bukti tentang dia adalah lelaki yang bertukar menjadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda yang saya tidak tahu. Jadi saya tak kata ya, saya tak kata tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada tuhan.
Tetapi tentang Safiey Illias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah menjadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah.
Concern utama saya di sini bukan tentang lelaki menjadi perempuan sebab sudah ramai yang mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket yang berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia yang dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.
Dah tahu si dia (Safiey) itu lelaki yang berubah menjadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pula?
Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa, lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki. Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukannya lelaki kahwin lelaki, bukannya perempuan kahwin perempuan, bukannya lelaki kahwin perempuan jadian, bukannya perempuan kahwin lelaki jadian. Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki.
Benda asas sebegini sudah menjadi ilmu peringkat tinggi. Kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tak reti. Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin dengan perempuan dan perempuan berkahwin dengan lelaki. Bukan selain ini. Noktah.
Lelaki pondan kalau nak berkahwin pun kena berkahwin dengan perempuan sebab lelaki pondan tetap adalah lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi berkahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya.
Perempuan yang benar-benar perempuan, ramai. Kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya?
Jom kita boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.
#SayNoToLGBTQ
#BoikotOrangJadian
#JomBoikot
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment