'Eh malunya sia. Kenapa aku keluar dari Grab ni, pergi salam cium tangan driver?' - Kisah lelaki ini dengan Driver Grab buat netizen tergelak
Lelaki bernama Alif Izzad ini menjadi bualan netizen di Twitter selepas kisahnya mencium tangan pemandu Grab tersebar meluas di media sosial. Mana tidaknya, Izzad menjelaskan entah bagaimana tiba-tiba dan spontan dia berbuat demikian menyebabkan pemandu Grab itu berasa janggal seketika.
"Eh malunya sia. Kenapa aku keluar dari Grab ni, pergi salam cium tangan driver. Arghhh! Aku ingatkan bapak aku sia. Arghhh! My life is cancelledt.
"Ya Allah, padanlah time aku nak cium tangan dia, dia pergi keraskan tangan. Awkwardnya. Why Allah, why," tulisnya.
"Takpe, saya faham awak mengelamun kot" jawab pemandu Grab yang dianggarkan oleh Izzad berumur lingkungan 25 tahun.
Sehingga kini, Izzad masih tidak dapat menerima insiden itu dan berasa malu yang teruk.
"Muka aku masih panas sebab malu. Walaupun aku takde muka, tapi mana nak letak muka Ya Allah," katanya.
"Dia hulur tangan nak ambil duit, but aku tersalam dan tercium. Please, I want to die so bad," jelasnya.
Sementara itu, pemandu berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Bro Khai, tidak menyangka insiden itu berlaku dan viral di media sosial.
"Dia ni ke yang cium tangan aku pagi tadi? Beria benor. Aku hulurkan jelah. Ingat nak salam je, siap cium rupanya. Nasib baik GrabPay, kalau tak haram tak bayor," katanya.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen berasa lucu dengan kisah yang berlaku pada lelaki itu dan tidak kurang juga yang mengatakan tiada salahnya Izzad berbuat demikian kerana tindakan itu menunjukkan Izzad sangat beradab.
Apa kisah kelakar anda dengan Grab/Uber?
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment