Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Komen PEDAS Ketua Iran Kepada Trump Yang Ditunggu Ramai

Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Komen PEDAS Ketua Iran Kepada Trump Yang Ditunggu Ramai | Saya Luv Islam – Isu Baitulmaqdis buat ramai negara Islam bersatu. Tapi tampak Iran senyap je. Nak tau gak apa pendirian mereka. Selepas lama berdiam diri, akhirnya pemimpian agong Iran memberi komen PEDAS terhadap Trump.

TRUMP SEORANG YANG GAGAL

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata Presiden Donald Trump akan gagal dalam pendirian tegasnya terhadap republik itu dan menegaskan Tehran lebih kuat berbanding ketika pentadbiran bekas Presiden Ronald Reagan yang ‘lebih berpengaruh dan bijak’.

“Reagan lebih berpengaruh dan bijak berbanding Trump, dan lebih baik dalam melakukan ancaman, dan dia juga menentang kami dan menembak jatuh pesawat Iran,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan televisyen.

Pada 1988, kapal perang Amerika Syarikat menembak jatuh pesawat Iran di Teluk, mengorbankan semua 290 penumpang dan anak kapal, dalam kejadian yang disifatkan Washington sebagai satu kesilapan.

Tehran berkata, ia serangan yang disengajakan terhadap Iran, yang ketika itu berperang dengan Iraq.

DULU PUN AMERIKA KENA “MAIN” DENGAN IRAN

“Reagan sudah meninggal dunia, dan menurut kepercayaan kami, dia kini berhadapan hukuman Tuhan, manakala Iran mencipta kemajuan dalam semua bidang sejak era Reagan.

“Corak ini akan berterusan di bawah pentadbiran terkini AS dan sebarang harapan Iran akan mundur atau lemah adalah sia-sia,” katanya.

KOMEN TRUMP TERHADAP PROJEK NUKLEAR IRAN

Donald Trump bertegas Iran tidak bertindak selaras dengan perjanjian mengekang program nuklearnya, beberapa hari sebelum dia harus membuat keputusan mengenai masa depan perjanjian itu.

“Iran tak menepati semangat perjanjian,” kata Trump yang kelihatan bersedia untuk menahan perakuan pematuhan Iran dan membiarkan Kongres menimbang sekatan yang boleh menjejaskan perjanjian itu.

“Rejim Iran menyokong keganasan dan menebarkan kekacauan merentasi Timur tengah,” kata Trump ketika bertemu pemimpin-pemimpin tentera bagi membincangkan isu itu.

“Sebab itu kita mesti hentikan pencerobohan berterusan Iran dan rancangan nuklearnya,” katanya. “Anda akan dengar berita tentang Iran tidak lama lagi.”

Menjelang tarikh akhir tahun, beberapa pegawai yang biasa dengan perbincangan White House memberitahu yang Trump telah menyatakan dengan jelas tidak mahu memperakui pematuhan Iran terhadap perjanjian itu.

PERTANDINGAN KARIKATUR TRUMP DI IRAN

Ratusan orang menyertai pertandingan kartun yang dibuat untuk mempersenda Presiden AS Donald Trump menerusi pertandingan Trumpism.

Penganjur sama dilaporkan pernah mengadakan pertandingan kartun Holocaust tahun lalu demi menyerlahkan sifat pilih kasih Barat terhadap kebebasan bersuara dan memperkatakan pembunuhan beramai-ramai ke atas Yahudi.

Satu daripada karya yang terpilih memaparkan imej Trump melukis misai seperti Hitler pada muka Patung Liberty.

PEMENANG SENDAAN TRUMP

Hadi Asadi dari Iran memenangi tempat pertama dengan hadiah hadiah wang tunai AS$1,500.

Katanya, karikatur yang dihasilkan itu cuba mempamerkan sikap mementingkan wang dan gemar berperang Trump.

Kartun dilukisnya menunjukkan Trump memakai jaket dibuat daripada mata wang dolar AS sambil hartawan itu memegang buku yang menyentuh mengenai budaya.

“Saya mahu memaparkan Trump sebagai perampas budaya,” katanya.

Hadi menghasilkan karyanya dalam masa dua minggu menggunakan kaedah percetakan pen digital.

Penganjur pertandingan Masuod Shojai Tabatabei berkata, matlamat utama adalah untuk menunjukkan kepeberibadian buruk Trump dalam bentuk satira.

Trump dan keganasan terhadap wanita dan media adalah antara tema pertandingan.

“Isme dalam Trumpis merujuk kepada rasisme dan Nazisme. Kebanyakan orang percaya tindak-tanduk Trump menyerupai Hitler.

“Dia bersikap buruk terhadap media dan pelarian,” katanya.

Pameran berkenaan yang bermula pada Isnin lalu akan berlangsung selama seminggu.

Turut menyertainya ialah peserta dari 74 negara, termasuk empat dari kartunis AS. Dua daripada mereka turut diberi penghargaan.

Robert Jones Clayton misalnya menunjukkan dua salinan majalah Time, satu mengandungi gambar Trump dan satu lagi Adolf Hitler.

Kedua-dua tokoh berkenaan digambarkan sebagai tokoh pilihan Time dan Trump.

Ed Wexler – juga dari AS – memaparkan Trump berkata “berita palsu” ketika melarikan diri dari gumpalan salji.

Pada masa sama kelihatan bintang merah dengan tukul dan simbol sabit – merujuk kepada hubungan Russia dengan Trump.

Sumber: Berita Harian

The post Lama Berdiam Diri. Akhirnya Ini Komen PEDAS Ketua Iran Kepada Trump Yang Ditunggu Ramai appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.