Wanita dibunuh kerana gagal bayar kekasih upahannya


Seorang wanita dibunuh kekasih upahannya (gigolo) minggu lalu kerana tidak membayar selepas mendapatkan khidmat seks lelaki itu. 

Mayat mangsa, Deli Cinta Sihombing, 32, ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kaki dan tangannya diikat di kediamannya di Tanjung Uncang, Batu Aji, Batam, Indonesia, Khamis lalu. 

Turut ditemui bersama, anak lelakinya yang berusia tiga tahun kelihatan pucat dan keletihan, dipercayai dikurung lebih sehari bersama mayat ibunya. 

Lapor Tribunnews, ketika kejadian itu berlaku, suami mangsa tiada di rumah kerana sedang berlayar yang dijadualkan selama sebulan. 

Difahamkan, ahli keluarga cuba menghubungi mangsa sejak 19 Disember lalu, namun gagal menyebabkan mereka pergi ke rumah mangsa pada Khamis lalu dan terpaksa memecahkan pintu rumah sebelum menemui mayat mangsa. 

Siasatan mendapati kereta mangsa, televisyen LCD, telefon bimbit dan sejumlah barang berharga dalam rumah mangsa juga hilang. 


Ekoran kejadian itu, polis telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya menahan seorang lelaki, Dedi Purbianto, yang bekerja sebagai pelayan bar di sebuah hotel di Batam Centre kerana disyaki suspek yang membunuh mansgsa. 

Ketika ditahan, suspek cuba melawan menyebabkan anggota polis terpaksa menembak kakinya. 

Siasatan awal mendapati, Dedi yang juga berkhidmat sebagai gigolo mendakwa mengenali Deli Cinta melalui Facebook dan mereka sudah dua kali melakukan hubungan seks dan kali pertama di sebuah hotel. 

Suspek mendakwa, dia nekad membunuh mangsa kerana sehingga pagi Khamis lalu, wanita itu masih belum membayar perkhidmatannya itu. 

Bedah siasat mendapati, mangsa mati akibat mukanya ditekap dan terdapat retakan pada tulang lehernya akibat dicekik. Bedah siasat juga tidak menunjukkan berlakunya hubungan seks sebelum mangsa dibunuh. 




Mangsa selamat dikebumikan Jumaat lalu. Suaminya juga sudah pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, namun tidak menghadiri pengkebumian isterinya. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.