Pertandingan Catur Antarabangsa. Tindakan Arab Saudi Terhadap Israel Buat Ramai BERSORAK

Pertandingan Catur Antarabangsa. Tindakan Arab Saudi Terhadap Israel Buat Ramai BERSORAK | Saya Luv Islam – Akhir tahun ni bakal diadakan pertandingan catur antarabangsa. Siapa sangka Arab Saudi buat “ini” terhadap pemain catur dari Israel. Jom baca dan kongsikan.

TAK BERI VISA KEPADA ISRAEL

Arab Saudi tidak memberi visa kepada tujuh pemain catur Israel untuk menyertai pertandingan yang bakal diadakan di Riyadh, mulai hari ini hingga 30 Disember ini.

Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) dalam satu kenyataan berkata, tujuh pemain catur Israel memohon visa untuk menyertai pertandingan itu, tetapi ditolak.

“Pertandingan itu akan diteruskan mengikut rancangan. Tidak dapat dipastikan sama ada pemain dari negara lain juga tidak diberi visa, tetapi Qatar mengakui mereka mungkin tidak dibenar menyertai pertandingan itu.

NEGARA LAIN OKAY

“Bagaimanapun, Pusat Komunikasi Antarabangsa Arab Saudi memberitahu lebih 180 peserta seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam pertandingan itu,” kata FIDE.

Persekutuan Catur Israel bagaimanapun, dilaporkan sedang berusaha dengan kerjasama beberapa pihak bagi memastikan pemainnya dapat menyertai pertandingan itu.

Ketegangan antara negara Arab dan Israel memuncak sejak kebelakangan ini, khususnya selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semua negara Islam mengiktiraf Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, masjid ketiga suci dalam Islam, sebagai ibu negara Palestin.

HUBUNGAN ARAB SAUDI DAN ISRAEL TERUJI

Hubungan mesra Arab Saudi dengan Israel bakal diuji pada kejuaraan catur dunia bulan depan.

Menurut laporan Qud Press, Ahad, 19 November 2017, Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kejuaraan catur dunia yang diikuti oleh para pecatur top Israel.

Seorang pemain catur Israel menunggu Grandmaster Israel Alik Gershon, dalam upaya memecahkan rekor dunia Guinness dalam permainan catur simultan di Tel Aviv, Israel, 21 Oktober 2010. (Uriel Sinai/Getty Images)

Middle East Monitor dalam laporannya menyebutkan, Arab Saudi akan menjadi tuan rumah kejuaraan internasional Federasi Catur Dunia dengan tema Kejuaraan Catur Cepat Raja Salman dan Blitz Chess Championship.

“Kejuaraan ini direncanakan digelar di Ryadh pada 25-30 Desember 2017,” tulis Middle East Monitor, Senin, 20 November 2017.

Koran Israel Yedioth Ahronoth, sebagaimana diberitakan oleh Qud Press, melaporkan, 11 pemain catur Israel akan terlibat dalam kejuraan tersebut, termasuk sejumlah atlet catur terbaik di dunia.

Adapun situs berita Israel mengatakan, 11 pemain catur Israel tersebut telah mengajukan permohonan visa kepada Arab Saudi untuk ikut serta dalam kejuaraan dunia di Riyadh dan mereka sedang menunggu respon.

Jika Arab Saudi menolak permohonan visa pemain catur Israel, mungkin Arab Saudi bakal kehilangan peluang menjadi tuan rumah kejuaraan internasional dan Federasi Catur Dunia akan mencabut hadiah jutaan dolar.

Namun demikian, Riyadh menjamin bakal memberikan visa bagi pemain catur Israel. Hal ini menjadi sebuah langkah sejarah, untuk pertama kalinya Arab Saudi mengizinkan warga Israel masuk ke negaranya secara terang-terangan.

“Kebijakan kami adalah mengembangkan permainan ini di Israel sekaligus sebagai jembatan pembangunan hubungan antarorganisasi dan negara,” kata juru bicara Persatuan Catur Israel Leor Eisenberg kepada Yedioth Ahronoth.

Dia menambahkan, “Kami senang para pemain kami mengajukan permohonan visa kepada Arab Saudi dan kami berharap mendapatkan visa dengan bantuan Federasi Catur Dunia.”

Sumber : Ismaweb

The post Pertandingan Catur Antarabangsa. Tindakan Arab Saudi Terhadap Israel Buat Ramai BERSORAK appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.