'Kalau duit syiling berada di dasar gelas, buang semua makanan dalam freezer' - Elak termakan makanan rosak, amalkan tips selamat ini
Jika berlaku gangguan elektrik di kawasan rumah, dan dalam masa yang sama pula anda sekeluarga bercuti di luar kawasan untuk tempoh masa yang lama pasti membuatkan anda tidak senang duduk kerana bimbang barang makanan dalam freezer atau peti sejuk anda rosak.
Lebih teruk lagi bila makanan yang sudah dirosak itu dibekukan semula selepas bekalan elektrik dipulihkan. Jadi, bagaimana anda ingin mengetahui jika terdapat gangguan bekalan elektrik berlaku di rumah anda? Lelaki ini kongsi tips yang diperolehinya. Semoga bermanfaat.
HARI ini Uncle Chan pesan kat aku, kalau nak tinggalkan rumah lama-lama, jangan lupa simpan duit syiling dalam freezer. Apa hal orang tua ini beri pesanan pelik begini? Duit syiling itu boleh beranak ke? "Simpanlah duit syiling dalam tabung", itu pesanan yang selalu aku dengar.
Benda ini mudah, tetapi sangat penting dan ramai orang tak buat sebab tak tahu.
"Kalau you tinggalkan rumah lama-lama, you tak tahu kan kalau ada gangguan bekalan elektrik di rumah? Kalau ada, you tak tahu kan berapa lama sebelum elektrik disambung semula?" katanya.
"Saya tak kisah sangat pun uncle, tak ada siapa dalam rumah itu pun. TV, kipas, lampu semua itu memang sudah off," balas aku.
"Young man, ayam, ikan, daging dalam you punya freezer itu macam mana? Nuggets, sosej dan daging burger untuk anak you, macam mana? Kalau bekalan elektrik terputus dua tiga jam okey lagi. Kalau TNB rasa nak biarkan dua tiga hari? Kalau seminggu?
"Kalau semua itu dah defrost dan dibiarkan terlalu lama, ia akan mula rosak. Selepas bekalan elektrik disambung semula, freezer you akan bekukan balik semua itu. Mungkin ada yang sudah rosak dan you pun tak perasan," jelas Uncle Chan.
Betul juga kata Uncle Chan. Kalau tak perasan, rasa macam okey je lagi (beku lagi kot), masak buat kari lepas tu makan. Memang ke hospital la selepas tu. Silap-silap boleh mati. Selepas itu, masak sosej yang sudah rosak dan diberi pula anak makan. Aduh!
"Tetapi, apa pula kaitan duit syiling dengan perkara ini?" soal aku.
"Ini tips untuk agak berapa lama freezer itu off. You perlukan duit syiling, gelas plastik lutsinar dan air.
"Mula-mula you isi air dalam gelas plastik itu 3/4 penuh dan letak dalam freezer, biar jadi ais. Selepas itu, letak duit syiling di atas air itu. Setiap kali balik rumah selepas cuti panjang, check syiling dalam gelas itu.
"Kalau duit syiling masih berada di atas, bermakna mungkin tiada gangguan elektrik. Bagus! Tetapi kalau duit syiling itu berada di dasar gelas, bermakna ais itu sudah pernah cair sepenuhnya. Mungkin terdapat gangguan elektrik yang lama.
"Buang sajalah semua barang makanan atau minuman yang berkemungkinan besar sudah rosak. Good indicator to check all your food supply inside your freezer. Jangan ambil mudah, pilih jalan yang paling selamat," katanya.
Terima kasih Uncle Chan Kui Peng. #teorikehidupanmanusia
Sumber: Rizzal Abdullah
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment