Anak hidap scoliosis, perlukan dana RM40K untuk operation luruskan tulang belakang


"Mohon sumbangan ikhlas daripada sahabat-sahabat untuk membantu dalam kos pembedahan scoliosis atau tulang belakang membengkok dan ianya dari genetik," demikian rayuan dari seorang pengguna Twitter meminta orang ramai tampil membantu adik kepada rakannya yang menghidap scoliosis, penyakit tulang belakang membengkok. 

Gambar yang dimuat naik Shikin (@menaces_) sejak 18 Julai lalu telah dikicau semula 10,255 kali.

Menurut ibu remaja perempuan berkenaan, kos pembedahan anaknya menelan belanja sebanyak RM40,000 bagi merawat penyakitnya itu. 

"Anak saya berumur 15 tahun. Kos pembedahan adalah sebanyak RM35,000 - RM40,000. Sebanyak 18 skru akan digunakan untuk meluruskan semula tulang belakangnya. It will be a major surgery. 

"Tarikh pembedahan dijadualkan pada 14 Oktober 2018. Admission ward 16 Oktober 2018 dan pembedahan akan dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras. 




"Tiada paksaan dalam memberi sumbangan. Iringan dan doa daripada sahabat-sahabat pun dah bersyukur. Alhamdulillah. Bagi mereka yang sudi menyumbang, boleh salurkan ke akaun bank saya:

"11501400056843 RHB Bank atas nama Murni Mansor atau hubungi saya di talian 019-6811198. 

"Setiap bantuan yang diterima, hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya doakan semoga rezeki kalian dilimpahi. Aamiin. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya pada nombor yang disertakan di atas," katanya. 

Sementara itu, bekas pesakit scoliosis, Qiqi (@Aliaqiqi) turut berkongsi pengalamanya menghidap penyakit tersebut. 

"Saya dah sembilan tahun menghidap penyakit scoliosis. Alhamdulillah saya dah lepas operate dua tahun lalu. Sebelum saya operate, saya mengalami kesukaran untuk bernafas. Apabila melakukan sesuatu kerja, saya akan cepat berasa penat. 

"Selepas saya menjalani pembedahan, Alhamdulillah saya dah okay tetapi cuma cepat penat sebab ada tulang besi kan. 


"Ini gambar x-ray saya selepas menjalani pembedahan, kena masuk tulang besi. Sejak kena masuk tulang besi, badan rasa cepat penat. Kalau hujan atau sejuk, tulang besi rasa ngilu. Agak sakit juga tetapi kena tahan sakit," katanya. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.