'Sends foto anak sis macam ni, nak tengok biji...' - Pengasuh mengaku lesbian, aniaya anak asuhan


Isu kanak-kanak menjadi tular di media sosial ketika ini kerana mereka telah menjadi mangsa kepada keadaan sekeliling. Kehidupan zaman kanak-kanak seharusnya penuh dengan warna warni keriangan sebaliknya suram dan gelita akibat perbuatan orang dewasa. Kisah kematian, isu pronografi, pencabulan semakin menular dan kanak-kanak yang belum lagi mengenal erti kehidupan telah menjadi mangsa. 

Terkini, seorang peniaga online telah membuat satu perkongsian yang mengejutkan netizen. Dia tidak menyangka perbualan melalui aplikasi Whatsapp pada awalnya dengan seorang pelanggan hanyalah berkaitan produk yang dijual,namun lama-kelamaan pelanggan itu mula menunjukkan reaksi yang pelik.

Pelanggan tersebut yang dipercayai seorang wanita mengaku dirinya seorang lesbian dan bekerja sebagai pengasuh.

Dalam kejadian pada Ahad lalu, ibu kepada empat cahaya mata itu, Nor Suriani Mohd Zahid, 30, berkata, wanita itu pada mulanya ‘berpura-pura’ mahu membeli produk kempiskan perut selepas melihat promosi yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Nor Suriani yang berasal dari Kuala Terengganu berkata dia melayan mesej wanita itu seperti bakal pembeli lain.

“Sebelum itu saya ada muat naik gambar di Facebook memaparkan anak perempuan saya sedang menyusun produk jualan. Wanita itu mesej nak beli produk dan dia hantar ‘screenshot’ gambar anak perempuan saya yang diambil di Facebook, mengatakan dia mahu produk kempiskan perut.”

“Saya cadangkan kepada dia produk yang boleh kempiskan perut... Lepas itu dia minta saya hantarkan gambar perut pelanggan yang dan berjaya (testimoni). Saya beritahu dia yang saya tiada gambar sedemikian, cuma feedbacks daripada pelanggan sahaja,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Nor Suriani berkata, wanita itu kemudian mula berkelakuan pelik apabila memberitahu bahawa dia tidak mempunyai anak perempuan, sebaliknya hanya memiliki tiga anak lelaki sahaja, selain meluahkan niat mahu menjadikan anak perempuannya sebagai anak angkat.

“Saya dah mula rasa curiga. Dia kemudian hantar gambar kemaluan kanak-kanak perempuan. Dia minta saya hantar gambar anak perempuan saya dalam keadaan sedemikian.




“Saya balas, ‘awak ni sakit mental ke?’. Dia kemudian balas, ‘maaf, saya ingat awak ni lesbian’,” cerita peniaga produk kesihatan dan kecantikan itu.

Setelah isu ini tersebar di media sosial, status Nor Suraini berkenaan isu terbabit telah hilang dan dipercayai telah disekat oleh Facebook selepas aduan dibuat berhubung status tersebut.

Berdasarkan mesej tersebut, wanita itu mengaku seorang lesbian, selain menghantar gambar kemaluan seorang kanak-kanak perempuan. Dia juga mendakwa mempunyai gambar bayi lain yang berusia antara lima hingga sembilan bulan dan kanak-kanak berusia 11 tahun.

Nor Suriani berkata tujuan dia memuatnaik status terbabit adalah untuk memberikan peringatan kepada ibu bapa di luar sana agar lebih berhati-hati dengan situasi sebegini. Dia juga akan membuat akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk mengenal pasti identiti sebenar pelanggan itu.

Sumber: Malaysian Digest


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.